(GAMBAR) Hanya Perlu Bajet RM 2,000 Sahaja Untuk Ubah Suai Kediaman Ini

Share

Anak masih kecil tambahan pula ramai, sebab tu rumah tak boleh nak kemas dan cantik. Dinding selalu kena conteng anak, Nak dekor rumah perlu budjet yang banyak. Semua itu sebenarnya alasan. Tak semestinya untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik memerlukan bajet yang tinggi dan tak lah susuah untuk memiliki rumah yang bersih dan kemas kalau anak ramai. Yang penting ia perlu didik.

Semua alasan ini pernah berlaku kepada Mcyah Joanett. Namun atas keinginan yang tinggi, puan Mcyah mencari cara dan bertekad untuk memastikan impiannya terlaksana. Kajian demi kajian dilakukan untuk memastikan segala cabaran dan halangan dapat di tempuhi terutamanya dari segi bajet dan anak-anak yang tengah aktif.

Dengan hanya bajet RM 200k, Sebuah proposal berserta bajet telah siap disediakan oleh Puan Mcyah. Hanya menunggu kelulusan Kementerian Kewangan. Jom kita baca jalan cerita Puan Macyah yang berjaya menzahirkan kediaman idamannya.

Bismillah. Ubahsuai simple & nice tapi murah.

Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.

Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku. Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), ku bentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.

Alhamdulillah dalam masa 24jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic. Pengubahsuaian ini dibantu oleh team tzconsturction (team kerja suami aku). Jumlah modal keseluruhan RM2000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punye kedekut taik idung masin. 2k ni pun aku rasa mahal dah.

Husband cakap, inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila saya balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang. Tengok pula awak.

Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper so mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sbb termasuk upah dia g beli.

Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak2 dah tak sepahkan rumah. Sanak saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam umah ni.

Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.

Suami janganlah lokek, percayalah korang jugak akan rasa tenang setenang air dikali. Sesungguhnya isteri sanggup buat apa shj demi suami rasa bahagia dirumah dan disisi anak isteri. Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalau Allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita.

SEBELUM

SELEPAS

Laci kecik tu RM50 (perabot terpakai)

Palang letak bunga RM25 (ikea) Rak kasut RM150 (ikea) Harga tu termasuk cas upah.
Karpet RM95 (ala ikea) Lantai tikar getah biasa shj RM230 segulung untuk sebuah rumah.

Meja makan RM189 (ikea) Kerusi makan RM40 (ikea) Pelapik atas meja RM8 (mr.diy)
Pagola rotan RM19 (mr.diy) Sangkut pakai skru dan tali dari kedai RM2

Cermin RM68 utk 10 biji (ikea) Harga tu termasuk cas upah.
Lampu RM35 (ikea)
Bakul putih RM15 (ikea) Rak besi putih RM100 (brg ikea tapi beli yang terpakai shj)

Langsir dalam warna putih RM19 dua keping Langsir luar RM45 dua keping (Ikea)
Almari hiasan RM250 (perabot terpakai)
Ayat 1000 dinar RM12 (ipoh wood art)
Palang letak coke RM25 (ikea) Palang letak astro RM60 (ikea)
Wallpaper 4 roll RM100 tapi untuk ruang tv ni just guna 2 roll shj. Its mean RM50 untuk ruang tv ni (ala ikea)
Sofa bed hitam RM150 (perabot terpakai) Bantal kerusi RM12 satu (kaison) Meja putih RM89 (ikea)
Bunga RM9.90 (ikea) Pasu RM7 (ikea) Palang putih RM25 (ikea)
Lampu luar rumah RM45 (ikea) Harga tu termasuk cas upah.

IKLAN