DIY Column Divider, Kos Tak Sampai RM1K, Beli Barang Terus Pasang Sendiri

Share

DIY column divider, kos tak sampai RM1K, beli barang terus pasang sendiri.Column divider berfungsi sebagai pembahagi ruang. Kebanyakan rumah pada zaman sekarang menampilkan konsep ruang terbuka.

Ada rumah yang dapurnya bersambung dengan ruang tamu. Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa kurang selesa. Sebagai langkah untuk privasi maka column divider dipasang bagi mengasingkan ruang-ruang tertentu.

Column divider bukan sahaja berfungsi sebagai pembahagi ruang tetapi cantik bila dipasang. Bagi yang masih kurang bajet, tidak perlu upah tukang untuk memasangnya. Anda boleh melakukannya sendiri.

Berikut perkongsian Safuan Zulkifli 

DIY COLUMN DIVIDER:

Guna 2×4 UPVC paip. Kegunaan asal paip ini adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ini, kita wrap dengan wall sticker.

Kos barang untuk siapkan 20 batang column divider ini lebih kurang RM966.00

RM640.00
– 60 meter UPVC Pipe, jointer dan end cap (saya beli cash and carry dari MYC Hydroponic Farm di Bandar Rimbayu. Dalam shopee ada juga dijual. Search ‘hydroponic tube’ dan beli tube yang belum dilubangkan).

RM208.00
– 30 meter wallpaper/wall sticker (saya beli dari shopee). Wall sticker ada lebih dalam 10 meter lagi sebab plan asal nak wrap column itu end to end. Tapi cantik pula bila atas warna lain dan bawah warna lain.

Selebihnya kos untuk tools; drill bit, glue, xbond dan lain-lain lagi. 

Secara ringkasnya, cara pemasangan bagi projek diy ini adalah seperti berikut:

1. 1/3 end cap perlu dipotong.

2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.

3. Masukkan wallplug.

4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtraseal xbond.

5. Skrukan end cap tersebut.

6. Letak pvc glue pada both end cap.

7. Then slot in column divider tu dalam end cap.

8. Pasangkan semula 1/3 endcap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan pvc glue.

9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.

10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.

Dapatlah siapkan column divider seperti ini. Hasil kerja tukang amatur yang tidak bertauliah. Sila ambil maklum bahawa material jenis ini tidaklah sekukuh solid wood tapi ianya tetap serve its purpose as space divider. Berpada dengan kos barang dan statusnya sebagai ‘divider bajet’.

2×4 UPVC 2 meter.

 

2×4 UPVC 1 meter

 

Extension jointer/socket.

 

End cap.
Paip dah siap sambung dan wrap column dengan wall sticker.
Sebelum pasang.
Selepas siap dipasang.

 

 

 

End cap yang telah dilekatkan pada permukaan lantai.
End cap pada beam.

 

 

Dah siap pasang end cap atas dan bawah, then boleh slot in the upvc pipe.

Sumber: Safuan Zulkifli 

 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

IKLAN