Berita

Dekorasi Hiasan Dalaman Bertemakan Gaya Ala-Ala New York City, Tampak Lebih Bergaya & Moden Urban

Share

Memang jarang-jarang kita dapat lihat dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan gaya ala-ala New York City diketengahkan dan menjadi pilihan ramai. Meski pun begitu, konsep seperti ini tetap memiliki kelebihan serta keunikan yang tersendiri. 

Bagi anda yang inginkan dekorasi hiasan dalaman rumah yang tampak lebih bergaya serta moden urban, mungkin konsep seperti ini boleh dijadikan sebagai pilihan anda. 

Namun begitu, dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan gaya ala-ala New York City ini lebih sesuai bagi anda yang memiliki jenis kediaman seperti apartment dan kondominium. 

Selain itu, konsep seperti sememangnya amat sesuai digayakan dan dijadikan sebagai pilihan oleh golongan generasi muda khususnya. Bukan sahaja sesuai dan seiring dengan usia, ia juga merupakan pilihan konsep yang paling tepat untuk golongan muda. 

Lihat sahaja pada perkongsian foto yang tertera, dengan menggunakan tona warna yang gelap dan kontra hasilnya dekorasi hiasan dalaman rumah tampak lebih elegan serta menawan. 

Sumber: Facebook Kakidek

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Curah Idea Untuk Dekorasi Rumah Bersama Suami, Feeya Iskandar Tampilkan Kediaman Yang Bertemakan Konsep Inggeris Moden

 

IKLAN