Deko Modal Bawah 3K Tema Minimalis Kediaman Keluasan 650 Kaki Persegi

Share

Kerana menyukai persekitaran yang tenang dan simple, seorang pemilik kediaman di Johor Bahru iaitu Pn Amyra Abas telah menatarias kediamannya daripada kosong tanpa apa-apa aksesori kepada konsep minimalis

yang mana bagi pandangan penulis ia cukup cantik, cukup padan untuk kediaman rumah kos rendah yang berkeluasan 650 kaki persegi.

Menurutnya, niat untuk mengubahsuai kediaman ini muncul selepas melihat posting rakan-rakan lain di group hiasan rumah dan mencedok beberapa idea yang bagus untuk saya terapkan dalam rumah ini, ujar Ibu kepada dua orang anak yang masing-masing berumur 2 tahun dan 1 tahun.

“Segala kos untuk proses dekorasi ini menelan belanja sebanyak RM3k termasuk kos pemasangan lantai vinyl selain daripada membeli segala perabot di kedai hiasan rumah yang biasa mengikut bajet dan kemampuan”.

Kediaman ini sebelum ditatarias dengan cantik hanyalah sebuah rumah kosong yang berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air malahan dia turut berasa bangga walaupun mendiami rumah kos rendah, itu tidak menghalangnya untuk memiliki dekorasi rumah yang seakan rumah mewah yang lain dan segalanya dihasilkan mengikut bajet dan kemampuannya.

Penulis pada awalnya seakan tidak percaya bahawa dekor awesome ini disiapkan dalam masa sebulan termasuk kerja mengecat, susun atur perabot dan pemasangan lantai vinyl.

Selain itu, penggunaan warna kelabu muda berjaya membuatkan kediaman ini nampak luas walaupun hakikatnya ia adalah ruang tamu yang bersaiz terhad.

 

IKLAN