
Counter island ini sangat berguna bagi kediaman dengan keluasan dapur yang agak terhad. Fungsinya pelbagai.
Boleh jadi meja makan dan juga tempat simpan barang, pada masa yang sama ia juga boleh jadi pemisah ruang dapur dan ruang makan.
Perabot ini biasanya perlu ditempah untuk ikut kesesuaian rumah dan harganya memang agak mahal.
Bagi yang berhajat untuk mengadakan meja ini tapi pada masa yang sama mahu berjimat boleh juga cuba buat sendiri seperti mana yang dilakukan oleh Faiz JoYs.
“Nekad buat sendiri sebab kalau tempah ikut saiz kita nak kena RM1500. Buat sendiri kos semua dalam RM500.
“Kos macam mahal sebab papan atas guna dari meja makan kayu 20mm. Wife pun happy boleh sumbat oven dan microwave. Siapa yang nak DIY, ini kayu dan ukuran saya gunakan,” ujar beliau dalam satu hantaran yang turut menyenaraikan barang-barang yang digunakan dan langkah membuatnya.
https://shope.ee/AUNw2oT7as
15mm
45cm x 100cm (2 keping)
45cm x 90cm ( 1 keping)
45cm x 70cm ( 1 keping)
45cm x 48.5cm ( 2 keping )
45cm x 120cm ( 1 keping )
123cm x 100cm ( 1 keping)
Kayu pine utk tulang atas bawah
45mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)
80mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)
https://shope.ee/6AEwsA52mY
Table top 20mm
29inci x 50inci
https://shope.ee/6pUdf70zCP
2. Kayu dah siap potong, dicantumkan untuk bahagian bawah dan bahagian tepi serta rak. Guna tapping skru beli di kedai Eco.
3. Siap pasang dinding belakang.
4. Boleh cat, lapis dulu dengan sealer.
5. Kemudian boleh cat, yang ini guna warna hitam.
6. Cat dah kering boleh pasang table top. Siap
Sumber: Faiz JoYs
Baca Lagi: Buat Sendiri Pantri Ringkas Untuk Dapur Kecil. Guna 2 Rak Saja