Cegah Tikus Cara Organik Guna Semburan Air Kulit Jering

Share

Tikus, antara haiwan perosak utama di dalam kediaman. Jika dibiarkan ia buakan sahaja merosakkan kediaman, malah mengundang ancaman kebersihan dan kesihatan. Cara paling mudah membasmi tikus di rumah adalah dengan menggunakan racun. Namun ia bukan sahaja membuat anda terdedah kepada racun jika terkena malah akan menyebabkan rumah berbau busuk apabila tikus yang makan racun tadi mati. Inana Rai

ada cara yang lebih organik tapi mujarab.

Cara yang biasa dibuat untuk kawalan tikus adalah dengan racun perut , tikus akan mati bila termakan umpan beracun. Cara ini agak berkesan tetapi berbahaya kepada kanak-kanak terutama jika dlm kawasan kediaman .Salah satu pilihan lain ialah kita boleh jauhkan tikus dengan menggunakan jering. Jering dipercayai mempunyai “hormon” yang tidak digemari oleh tikus.Langkah-langkah menghasilkan air jering untuk menghalau tikus.

Bahan:
jering yang cukup tua
air

Cara:
1. Kupas atau hancurkan atau tumbuk jering jering dan masukkan ke dalam bekas
2. Masukkan air secukupnya
3. Rendam jering tadi selama beberapa hari.
4. Tapis dan ambil air rendaman jering tadi.
5. Spray di tempat yang dikehendaki.
6. Cebisan jering juga bolehlah ditaburkan ke dikeliling rumah.

Awas : air jering ini sangat busuk , sebab itu tidak digemari oleh tikus

IKLAN