Cara Tanam Bayam Dalam Baldi Tak Perlu Ruang Luas

Share

Kalau sebelum ni, LAMAN Impiana ada kongsi cara untuk tanam kangkung dalam tapis hanya dengan mnggunakan air dan baja AB, kali ini nak ajak pula pembaca semua untuk cuba kaedah yang sama tapi untuk tanam bayam. Namun berbeza sedikit untuk kali ini. Bayam tidak mempunyai karakter akar seperti kangkung yang serabut. Hal ini menyebabkan pegangan akar pada dasar tapis tidak stabil. Jadi ia memerlukan medium tanaman seperti coco peat sebagai pemegang akar.

Nak tahu cara tanam bayam dalam tapis? boleh ikut langkah-langkah dan penyediaan barang yang telah disediakan oleh Euzie Byna

Bahan-bahan:

1 biji baldi bersaiz kecil
1 biji tapis yang muat dengan mulut baldi
Coco peat secukupnya
Filterwool
Biji benih
Air
Baja AB

Cara-cara:

1. Buat lubang pada tapis

2. Letak tapis dalam baldi dan ukur kedalaman tapis. Saya guna kayu saja.tandakan di kayu paras dasar tapis.

3. Ketepikan tapis dan tandakan kayu tadi di tepi baldi.

4. Tebuk lubang pada bahagian yang telah di tandakan tadi dengan menggunakan paku panas. Tujuan lubang utk air overflow.

5. Gunting filterwool mengikut lebar lubang tapis yg ditebuk. Panjang filterwool hendaklah mencecah dasar baldi

6. Masukkan air sehingga paras lubang overflow. Saya guna air kosong dulu.

7. Letakkan tapis dalam baldi. Tutup tapak tapis dengan sekeling filterwool supaya sabut tidak jatuh ke dalam air kelak.

8. Tambah sabut basah atas filterwool

9. Taburkan secubit dua benih bayam keatas sabut.

10. Spray air kosong supaya benih turut basah.

11. Tutupkan 2-3 hari supaya benih cepat bercambah.

12. Lepas benih cambah, tukar air guna air baja AB. (10-15ml ab+2L air)

13. Boleh terus dedahkan cahaya jika benih sudah mula tumbuh berdiri

14. Tambah air baja AB jika berkurangan. Pada peringkat awal, sumbu baru agak kurang berfungsi. Perlu dispray sabut supaya sentiasa basah.

15. Tuai selepas 4-6 minggu.

Sumber: Euzie Byna

IKLAN