
Cara SET UP Rumah Untuk Disewakan, Modal Rendah Dapat Sewa Tinggi. Jika berhasrat untuk menyewakan rumah sebagai pendapatan pasif, ada beberapa cara untuk set up rumah yang ingin disewakan dengan modal rendah namun dapat pulangan kadar sewa yang tinggi.
Nak tak saya reveal macam mana nak set up rumah sewa yang menarik tetapi dengan modal yang rendah tapi boleh dapat sewa yang tinggi?
Tau tak nak setup rumah untuk disewakan (kosong, partial & fully furnished), homestay, own stay ni lain-lain cara dia.
Nak sewakan rumah tapi tak tahu nak mula dari mana? Ini tip yang boleh bantu tuan rumah sediakan unit sewa yang menarik, jimat dan tetap berbaloi:
Kalau nak sewakan, kena redha akan risiko rumah digunakan. Kalau takut rosak atau kotor, lebih baik tak payah sewa. Tapi boleh tapis penyewa dengan strategi tertentu.
Bila rumah lengkap, lebih ramai penyewa berminat sebab tak perlu angkut barang besar. Golongan profesional, pasangan muda & pekerja luar kawasan sangat suka unit sebegini.
Kurangkan hiasan macam frame, pokok palsu & barang kecil. Simple & kemas lebih mudah dijaga.
Wainscoting & fluted panel boleh skip. Cat biasa dengan corak atau tone menarik pun dah cukup. (Contoh: guna bahan terpakai pun boleh cantik!)
Light beige, kelabu lembut – warna selamat & ramai suka.
Concrete table top + pintu kabinet bawah jenis tahan air = tahan lama & tak pening kepala.
Marketplace, mudah dab couresll banyak pilihan yang masih elok & murah.
Beli online pun boleh atau kedai barangan hotel terpakai., asalkan baca review dan tengok spesifikasi betul-betul dan juga lihat kondisi.
Plan gaya rumah – cari inspirasi di Pinterest, buat bajet ringkas supaya lebih terarah.
Checklist perabot, kelengkapan & item wajib bantu elak terlupa benda penting.
Pasang aircond di semua bilik & water heater di bilik air, nampak macam hotel/homestay. Lebih menarik perhatian penyewa berkualiti!
Nak sewa cepat dan dapat penyewa bagus, pastikan unit lengkap, kemas & nampak professional. Jangan lupa ambil gambar cantik-cantik untuk iklan nanti ya!
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat pemilik kediaman yang berhasrat untuk set up rumah untuk disewakan, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Walaupun bajet rendah, dengan set up yang betul ia membuatkan rumah sewa lebih nampak menarik dan boleh disewakan dengan harga yang tinggi.
Sumber: Muhammad Arif
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.