
Cara Selamatkan Pokok Terendam Air Banjir, Elak Risiko Akar Rosak & Jangkitan Penyakit. Kejadian banjir yang berlaku pada kediaman bukan sahaja menyebabkan banyak harta benda musnah, pokok-pokok kesayangan di laman juga turut terkesan.
Apabila pokok terendam akibat banjir, langkah pemulihan perlu segara dilakukan segera bagi mengurangkan risiko kerosakan akar dan jangkitan penyakit.
Sebaik sahaja air mulai surut, pindahkan pokok ke kawasan yang kering dan mempunyai pengudaraan baik. Elakkan meletakkan pokok di bawah cahaya matahari terik secara terus kerana akar masih dalam keadaan tertekan.
Air banjir biasanya mengandungi lumpur, sisa minyak dan bahan tercemar. Bilas daun dan batang menggunakan air bersih. Jika terdapat lumpur tebal, bersihkan secara perlahan bagi mengelakkan kerosakan pada pucuk muda.
Tanggalkan pasu dengan berhati-hati dan perhatikan warna akar:
Akar berwarna putih atau cerah: Masih sihat
Akar gelap, lembik atau berbau: Tanda awal root rot (busuk akar)
Jika terdapat bahagian akar yang rosak:
Air banjir meningkatkan risiko serangan kulat dan bakteria.
Sembur racun kulat atau neem oil secara nipis pada daun dan pangkal batang untuk mengelakkan jangkitan.
Minggu pertama selepas banjir:
Siram hanya apabila medium tanaman kelihatan kering.
Elakkan keadaan terlalu lembap bagi mengurangkan risiko akar kembali busuk.
Daun yang kekuningan, lembik atau berlubang perlu dipangkas supaya pokok dapat memberi tumpuan kepada pemulihan akar dan pertumbuhan baharu.
Pokok memerlukan cahaya yang cukup untuk pulih, tetapi bukan cahaya matahari terik.
Cahaya pagi paling sesuai. Pastikan kawasan mempunyai aliran angin yang baik.
Jenis pokok yang biasanya mudah pulih selepas dilakukan pemulihan seperti pokok hiasan berdaun seperti aglaonema, monstera, money plant, sayuran dalam pasu, beberapa jenis pokok berbunga. Manakala pokok berbatang lembut seperti keladi lebih sensitif dan mudah rosak jika terendam lama.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi jika pokok terendam air banjir, cuba rawat dan pulihkan ia dengan langkah ini. Semoga pokok-pokok tersebut kembali sihat dan segar.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.