Laman

Cara Pemangkasan Untuk Galakkan Lemon Berbuah Lebat

Share

Dalam budidaya tanaman pokok tak kiralah tanaman apa pun ada dua jenis pemangkasan iaitu pemangkasan bentuk dan pemeliharaan. Pemangkasan bentuk dilakukan untuk mengawal tumbesaran tanaman manakala pangkasan pemulihan bagi tujuan produktiviti, pencegahan dan pengawalan penyakit dan sebagainya.

Utuk tanaman lemon, ke dua-dua jenis pemangkasan ini digunakan. Untuk peringkat usia 1-3 tahun, pemangkasan bentuk dilakukan untuk melatih dahan-dahan pokok lemon menjadi kuat. Dengan pemangkasan ini, kerangka atau cabang yang kukuh dan sihat dapat dibentuk dan secara tidak langsung tanaman mempunyai tahap imunisasi yang tinggi terhadap sesuatu penyakit

Cara memangkas pokok lemon

  1. Pemangkasan bentuk terbaik untuk pokok lemon di peringkat awal tumbesaran adalah dengan format 1-3-9 (1 batang utama+ 3 dahan primer + 9 ranting sekunder). Produktiviti lemon bergantung kepada bentuk pokok. Selagi besar pokok, lagi banyak buah yang bakal dihasilkan.
  2. Kepadatan daun perlu dikurangkan untuk memastikan setiap bahagian struktur pokok menerima cahaya matahari. Apabila setiap bahagian tanaman terkena cahaya matahari, ia mengurangkan risiko serangan penyakit.
  3. Pemangkasan pemeliharaan dilakukan pada tanaman yang sudah mengeluarkan hasil. Ia bertujuan menyeimbangkan semula tanaman disamping menggalakkan penghasilan putik atau bunga yang baru. Pemangkasan pemeliharaan biasanya dilakukan setelah buah dituai.

Selain itu juga, sahabat laman boleh cuba resepi hormon dari redbull sebagai penggalak buah bagi pokok yang malas [klik sini untuk artikel lengkap] 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN