Laman

Cara Paling Mudah Dan Mujarab Halau Tikus Dengan Daun Bangun-Bangun

Share

Bangun-bangun, atau nama saintifiknya Plectranthus amboinicus antara tanaman wajib di perkarangan rumah nenek moyang dahulu. Kenapa ya? rupanya ia bukan sekadar kaya khasiat, malah banyak kegunaanya.  Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum setelah suam. Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam. Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh.

Bagi sakit kepala, ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit. Bagi menyedarkan orang yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
Untuk penawar gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit. Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.

Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan

Sebelum ini, LAMAN impiana pernah kongsi cara untuk menghasilkan Resepi Racun Serangga Untuk Cegah Bena Dan Koya Dari Daun Bangun-Bangun Betul-betul Berkesan [klik sini]  


Sebenarnya ada satu lagi kegunaan daun bangun-bangun yang kita tidak tahu iaitu menghalau tikus di dalam kediaman. Apabila kelihatan tinja tikus berselerakkan dalam kediaman, ini menunjukkan ada sarangnya di dalam rumah anda. sebelum apa-apa tindakkan dilakukan, berishkan najis tersebut terlebih dahu. Kemudian, ambil beberapa helai daun bangun-bangun dan ramas sehingga mengeluarkan bau. Taburkan daun yang telah diramas tadi di kawasan yang disyakki menjadi sarang dan laluan tikus. 


Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA
https://t.me/GENGLAMANIMPIANA
Klik di sini
IKLAN