Cara BETUL Pilih Bingkai Gambar Yang Sesuai Untuk Konsep Kediaman

Share

Selama ini kita tengok rumah orang cantik je gambar yang mereka gantung. Ruang rumah pun nampak satu macam punya elegan. Apa rahsia mereka? Mungkin susunan yang kreatif atau kepelbagaian bingkai yang menjadikan ruang rumah nampak ceria? Adakah ia benar? Kenal pasti cara gantung gambar nampak menarik.

Pastikan Lokasi 

Anda perlu bijak mencari sebuah lokasi yang boleh dijadikan Wall Of Fame. Sebuah lokasi yang kita himpunkan sejumlah gambar utama . Jadi jangan bersepah – sepah gantungnya ikut suka. Ini kerana ia akan menampakkan ruang kediaman kita bersepah dan tidak cantik atau tidak terancang.

Antaranya, Dinding utama ruang tamu, foyer, koridor, dinding antara ruang makan dan ruang tamu. Pilih yang mana mahu dan fokus di kawasan itu sahaja.

Dalam tandas pun bukan halangan untuk menggantung gambar

Karakter Bingkai Sesuai Dengan Perabot

Jangan kita mabuk dengan segala aksesori yang ditawarkan. Perlu fokus dan tahu apakah yang kita mahu untuk dinding kediaman. Maklumlah adakala bila shopping, semua benda kita lihat cantik. Sudahnya bercelaru bingkai gambar di dinding rumah kita. Pastikan ia sesuai dengan ruang kediaman dan konsep yang mahu anda serlahkan. Anda juga boleh gabungkan dua warna seperti hitam-putih, emas -perak dan lain-lain. Cukup 2 warna je ok! Jangan overdose.

Emas  sesuai dengan konsep klasik, English dan gaya kontemporari,

Perak atau besi tahan karat – Kontemporari, moden klasik, urban dan minimalism.

Warna kayu – sesuai untuk tema berasaskan desa dan budaya

Warna hitam – sesuai untuk konsep dramatik, klasik dan moden.

Warna putih – masih lagi klasik, kedesaan atau scandinavian.

Ketinggian seragam

Ramai yang mengetuk dinding mereka ikut sedap je. Sudahnya hiasan dinding kediaman kita berterabur dan tidak terancang. Tidak ada titik fokus dan ruang nampak macam bersepah. Buruk pun ye. Mana satu nak dilihat. Letakkan satu aras maksimum bagi apa juga hiasan dinding. Selalunya dalam 7′ kerana ia sama tinggi dengan aras bingkai pintu.Jadi semua bingkai kita termasuk cermin akan nampak lebih kemas dalam 1 aras ketinggian.

Selalunya ia melibatkan gambar, lukisan atau aksesori yang agak besar dan memerlukan kawasan yang luas. Manakala bagi gambar sedang atau kecil yang memerlukan kita dekat untuk menikmatinya, ketinggian dalam sekitar 5′ – 6′ dari tengah gambar atau lukisan sudah memadai.

Susunan Sedap Dipandang

Kini pereka suka mempelbagaikan idea bingkai gambar di bawah satu konsep. Belilah apa sahaja rekaannya, tetapi pastikan di bawah 1 tema yang di sebut tadi. Ini akan memberi kesan yang lebih dramatik dan menarik. Rancang susunan gambar anda di lantai dahulu. Lihat yang mana perlu atas bawah dan tengah. Lihat cantik atau tidak dan praktikal atau tidak.

Kepelbagaian idea yang menjadikan hiasan dinding bukan sekadar menggantung gambar

Kini ramai yang suka membuat kelainan dalam menggantung gambar termasuk membuat larian gantungan berbentuk sudut yang unik dan seolah-olah mempunyai 1 kesinambungan. Bagaimana dengan anda?

Karakter Aksesori Dinding

Kombinasi dua warna dalam 1 gaya gambar hitam putih

Adakala kita kena bijak mengasingkan karakter hiasan. Ini termasuk lukisan, ukiran, gambar (foto) dan lain-lain lagi. Foto pula jika boleh asingkan dengan tema hitam putih dan warna.Ini memberikan satu ragam hias yang cukup isitmewa dan terancang.Bukan apa, setiap material yang disebut ini, mempunyai kekuatan dan daya penarik masing-masing. Jadi usah kita mencampur adukkan segala nilai seni ini dalam satu dinding. Rugi kita di situ. Jadi biarlah hala tuju hiasan dinding kita itu bertempat.

Antara grafika dan lukisan di susun dengan harmoni dan kita sendiri dapat lihat titik fikusnya.

 

IKLAN