
Cara Elakkan Habuk Mudah Melekat Pada Permukaan Kaunter, Perabot & Kipas. Habuk merupakan elemen halus yang mudah terkumpul pada permukaan rumah, terutama pada kaunter dapur, perabot, kipas, rak terbuka dan ruang yang kurang pengudaraan.
Jika tidak dikawal, habuk bukan sahaja menjejaskan penampilan ruang, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan penghuni, terutamanya mereka yang mempunyai alahan.
Beberapa cara boleh dilakukan bagi membantu mengurangkan habuk daripada melekat dan berkumpul dengan cepat.
Habuk biasanya melekat kerana cas statik pada permukaan. Menggunakan pembersih anti-static spray atau kain microfiber anti-statik membantu mengurangkan kesan tarikan habuk pada permukaan kaunter, televisyen, kabinet, rak dan perabot.
Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu.Permukaan seperti countertop quartz, laminate, kaca dan perabot kayu akan kekal bersih lebih lama.
Udara yang bertakung mempercepatkan pengumpulan habuk. Pastikan:
Aliran udara yang lancar membantu mengurangkan habuk yang terapung.
Kipas siling antara ‘magnet habuk’ paling ketara kerana paras tinggi dan pergerakannya. Bersihkan dengan:
Jadual mingguan lebih efektif, terutamanya untuk rumah berhampiran jalan utama atau kawasan pembinaan.
Semakin banyak permukaan terbuka, semakin banyak kawasan habuk boleh hinggap. Pastikan:
Cara ini sangat membantu terutama untuk rumah kecil yang cepat nampak berselerak supaya kelihatan lebih kemas dan mudah diurus.
Permaidani tebal dan berbulu perangkap habuk lebih banyak berbanding lantai keras seperti vinyl atau tile. Jika tetap mahu gunakan, pilih material seperti polyester blend, kain nipis atau permaidani low-pile yang mudah vacuum dan tidak memerangkap habuk.
Pastikan ia dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Permukaan kaunter dapur, kaunter bilik air dan meja makan perlu dilap selepas digunakan.Habuk bercampur dengan minyak memasak atau wap air akan menyebabkan kotoran mudah melekat dan susah dibersihkan.
Lap menggunakan sabun lembut dan kain microfiber lebih berkesan menangkap habuk berbanding kain kapas biasa kerana struktur seratnya. Elakkan mengelap dalam keadaan permukaan kering sepenuhnya, sedikit lembapan membantu mengurangkan habuk berterbangan sekaligus mengekalkan kebersihan permukaan.
Filter yang kotor akan ‘hembus balik’ habuk ke dalam ruang. Periksa:
Filter baru atau bersih meningkatkan kualiti udara dan mengurangkan habuk terapung dalam rumah.
Material seperti velvet, chenille dan bulu tiruan mudah memerangkap partikel halus. Pilih material:
Ia lebih tahan lama dan kurang perangkap debu.
Semoga Bermafaat!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.