Laman

Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

Share

Pokok limau, antara jenis tanaman berbuah yang paling mudah untuk dibiakkan melalui kaedah keratan batang. Tak perlu beli anak pokok lagi jika anda telah mempunyai sebatang pokok limau dewasa. Bebiyana Tambi Khan berkongsi cara mudah dan menjadi proses pembiakkan pokok limau purut dengan kaedah keratan batang.

Limau purut, kasturi dan lemon sangat senang ditanam. Hanya perlu pilih dahan yang sihat dan cukup tua untuk dijadikan “cutting”.

Cara-cara:

1. Pilih dahan yang sihat dan “matured”. Potong.

2. Ni contoh dua dahan “cuttings” yang saya pilih. Buang semua daun.

3.Buat lubang dalam tanah yang lembab. Kita tanam 1 cutting untuk 1 bag.

4. Masukkan “cutting” dan padatkan tanah supaya dahan tadi berkubur dengan baik.

5. Jangan buang daun limau purut yang di luruhkan dari dahan tadi. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer.

Nak masak tom yam boleh gunakan.

6. Tunas daun mula keluar 1 minggu selepas di tanam.

7. Alhamdulillah, salah satu lagi dahan yang kita tanam 2 minggu lepas. Cepat membesar.

Ni anak pokok lemon yang kita tanam 1 bulan yang lalu.


Pokok limau kasturi yang kita tanam dari cutting 6 bulan yang lalu. Yang ni cukup sihat dan stabil untuk kita tanam dalam pasu besar.

Cutting yang tidak sempat di tanam selepas di potong boleh simpan dalam bekas berisi sedikit air untuk beberapa hari

IKLAN