
Cara Betul Jaga Tanaman Pada MUSIM HUJAN, Elak Masalah Akar Reput & Serangan Kulat!
Musim hujan memberikan kelembapan semula jadi yang bermanfaat kepada tanaman. Namun begitu, lebihan air dan kelembapan berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan pokok sekiranya tidak diurus dengan baik.
Oleh itu, penjagaan tanaman pada musim hujan perlu diberi perhatian khusus bagi mengelakkan masalah seperti akar reput, serangan kulat dan pertumbuhan terbantut.
Musim hujan menyebabkan tanah mudah menjadi terlalu lembap dan bertakung air. Tanah atau pasu tanaman hendaklah mempunyai saliran yang baik bagi mengelakkan air bertakung. Air yang berlebihan boleh menyebabkan akar lemas dan reput. Sekiranya tanaman ditanam di dalam pasu, pastikan lubang saliran tidak tersumbat.
Pada musim hujan, keperluan penyiraman perlu dikurangkan kerana tanah sudah menerima bekalan air semula jadi. Penyiraman hanya perlu dilakukan sekiranya tanah kelihatan kering dan tidak lembap.
Bagi tanaman dalam pasu, disarankan untuk meletakkannya di kawasan berbumbung atau terlindung daripada hujan lebat. Pendedahan berlebihan kepada air hujan boleh merosakkan struktur tanah dan sistem akar.
Kelembapan tinggi boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dan penyakit tanaman.
Kelembapan tinggi menggalakkan pertumbuhan kulat dan penyakit. Periksa daun dan batang secara berkala. Sekiranya terdapat tanda seperti bintik hitam, daun menguning atau berkulat, batang lembut berair, tindakan segera perlu diambil.
Buang bahagian tanaman yang rosak atau berpenyakit dengan segera.
Gunakan racun kulat atau semburan organik sebagai langkah pencegahan.
Tanah yang gembur dan poros membantu pengaliran air dengan lebih baik. Campuran tanah yang sesuai seperti tanah hitam dicampur pasir atau cocopeat, bahan organik dapat mengurangkan risiko air bertakung.
Pemangkasan daun atau dahan yang rosak membantu meningkatkan pengudaraan dan mengurangkan kelembapan berlebihan pada tanaman. Ini juga dapat mengelakkan penyebaran penyakit.
Pembajaan tidak digalakkan dilakukan secara kerap semasa musim hujan kerana nutrien mudah larut dan hilang bersama air. Pembajaan hanya perlu dilakukan apabila cuaca lebih stabil.
✔ Sawi
✔ Bayam
✔ Kangkung
✔ Kailan
✔ Pak choy
👉 Cepat tuai & tak cerewet, cuma jaga saliran.
✔ Daun kesum
✔ Pegaga
✔ Pudina
✔ Daun sup
👉 Sesuai tanam dalam pasu separa teduh.
✔ Bendi
✔ Terung
✔ Cili (kena jaga kulat betul-betul)
👉 Pastikan pasu besar & cahaya cukup.
✔ Bunga kertas
✔ Keladi hiasan
✔ Lidah jin
✔ Paku-pakis
Penjagaan tanaman pada musim hujan memerlukan kawalan air dan pemantauan rapi. Dengan pengurusan yang betul, tanaman bukan sahaja dapat terus hidup dengan sihat, malah mampu membesar dengan lebih subur walaupun dalam keadaan cuaca lembap. Sekaligus dapat mengelakkan masalah seperti akar reput, serangan kulat dan pertumbuhan tanaman terbantut.
Semoga Bermanfaat!