Dekorasi

Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!

Share

Lepas ni kotak yang selalu dapat bila beli barang jangan buang ya, kita boleh recyle untuk buat lampu hiasan. Hasilnya memang cantik dan boleh jadi sebahagian daripada dekorasi untuk bilik anak seperti ilham Nani Idayu. Bagi yang nak cuba DIY beliau juga berkongsi cara membuatnya.

DIY lampu bilik anak guna kotak

Saya kongsi diy lampu bilik anak-anak guna kotak. Projek mak mak, bajet murah saja. Cuma perlu ada kotak, led strip light dan lampu liplap.

1. Bahan utama wajib ada kotak yang keras dan tebal supaya kukuh

2. Setelah dilukis kena potong, saya guna cutter biasa tapi kena betul teliti. Buat base 2 keping sebab permukaan besar kena tebal. Kemudian buat tulang supaya ada gap antara lampu dengan dinding, saya guna glue gun untuk gam kotak/bod.

3. Depan kita tambah bod ice cream cair dan kena gigit bagi nampak sedap.

4. Ambil lampu led strip light yang lama. Kalau nak beli boleh cari di Shopee macam-macam saiz ada. Guna yg pendek lekat keliling belakang bod.

5. Kemudian warnakan. Saya guna poster color campur dengan foam sheet warna warni.

6. Seterusnya anak mintak tambah lampu aiskrim. Sama jugak macam proses tadi base 2 keping potong dan gam dengan glue gun.

7. Kemudian masukkan lampu, tebuk lubang dulu baru masukkan. Gam bulb lampu tu di kedudukannya.

8. Warnakan lampu guna buncho, apa yg ada di rumah.

Inilah hasil kejadiannya lampu DIY. Lampu ini bila anak dah tidur saya tutup untuk keselamatan.

Memang cantik DIY lampu ini, boleh la buat bersama-sama anak dicuti sekolah ini. Selamat mencuba!

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Sumber: Nani Idayu

Mesti Baca:Keutuhan Rumah Warisan 88 Tahun, Dipasak Guna Kayu Cengal & Merbau Tanpa Paku
Baca Lagi Di Sini:Bina Loteng Rumah Ukuran 21ft x 11ft, Cantik & Kemas Hasilnya Kos RM13,000
Artikel Menarik:Gaya Minimalist Scandinavian Jadi Pilihan Pemilik Pangsapuri Saiz Kecil 750Kps

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN