Cangkuk langsir ini selalu jadi rungutan setiap kali selesai kerja membasuh langsir. Kebiasaannya kita akan berdepan masalah untuk memasangnya semula.
Tanggal memang tiada hal tapi bab pasang cangkuk besi ini memang mengambil masa yang lama.
Sebabnya kita akan terkebil-kebil mencari semula kedudukan untuk masukkan cangkuk. Kalau salah masuk, nanti aturan langsir tak sekata tak cantik.
Disebabkan masalah ini juga ada yang basuh langsir setahun atau dua tahun sekali saja.
Tapi Ct Mas Mohammad telah berkongsi cara yang memudahkan kita untuk memasang semula alat ini tanpa perlu menatap lama pita langsir untuk menentukan kedudukan cangkuk. Boleh ikut perkongsian beliau ini ya.
“Saya nak share satu tip nak pasang langsir yang bercangkuk. Mungkin ada yang dah amalkan cara ini, kalau masih tak tahu boleh guna cara ini ya.
2. Jadi selepas langsir kering, muda untuk kita pasang kembali cangkuk ini. Tak perlu pening kira berapa jarak cangkuk atau merenung kesan cangkuk sebelum basuh.
Mudahkan. Selamat mencuba!
Sumber: Ct Mas Mohammad
Mesti Baca: Cuci Langsir Eyelet Guna Mesin Basuh Tanpa Cabut Ring
Baca Lagi: Tip Cuci Langsir, Bukan Semua Sesuai Guna Mesin Basuh!