Bunga Yang Elok Ditanam Supaya Rumah Jadi Wangi, Pewangi Semula Jadi Yang Menyegarkan

Share

Bunga yang elok ditanam supaya rumah jadi wangi, pewangi semula jadi yang menyegarkan. Bunga yang elok ditanam supaya rumah jadi wangi bukan sahaja mencantikkan halaman, malah memberi kesan menenangkan dengan aroma semula jadi yang segar.

Bunga Yang Elok Ditanam Supaya Rumah Jadi Wangi, Pewangi Semula Jadi Yang Menyegarkan

Tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada penyegar udara atau lilin aromaterapi, bunga-bungaan ini mampu berfungsi sebagai pewangi semula jadi yang lebih selamat dan menyihatkan persekitaran.

Selain menyejukkan mata memandang, bunga beraroma harum juga dapat membantu mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Kajian menunjukkan bauan bunga tertentu mampu merangsang hormon yang menjadikan minda lebih tenang dan meningkatkan kualiti tidur.

Jadi, menanam bunga harum di rumah bukan sahaja untuk kecantikan, malah ada manfaat kesihatan dan emosi.

BUNGA KEMBOJA

Antara bunga pilihan yang sesuai ditanam ialah bunga kemboja. Walaupun sering dikaitkan dengan suasana tradisional, baunya yang lembut dan menenangkan sangat sesuai untuk menyejukkan suasana rumah.

BUNGA KENANGA

Bunga kenanga pula amat terkenal kerana harumnya yang kuat, malah ekstraknya sering digunakan dalam minyak wangi tradisional. Untuk pilihan yang lebih ringkas, bunga melur atau jasmin sesuai ditanam dalam pasu kecil. Bunganya putih bersih, harumannya kuat dan mampu mewangi satu ruang rumah.

BUNGA CEMPAKA

Bagi yang suka bau klasik, bunga cempaka antara pilihan terbaik kerana aromanya sangat kuat terutama pada waktu petang.

BUNGA LAVENDER

Di samping itu, bagi mereka yang menggemari bau yang lebih moden dan segar, bunga lavender boleh ditanam dalam pasu atau di sudut laman. Bukan sahaja harum, malah lavender juga terkenal dengan fungsi menghalau nyamuk dan serangga kecil.

BUNGA RAYA JEPUN

Jika mahu sesuatu yang eksotik, bunga raya Jepun dan ros kampung juga boleh dijadikan pilihan kerana kedua-duanya memberi bau wangi yang semerbak ketika kembang.

Bunga ros kampung.

 

Bunga Raya Jepun.

Untuk memastikan bunga harum ini terus segar dan berbunga, penjagaan rapi sangat penting. Siram bunga mengikut jadual, elakkan tanah terlalu kering atau terlalu basah. Letakkan pasu di kawasan yang mendapat cahaya matahari mencukupi kerana kebanyakan bunga wangi lebih subur dengan cahaya semula jadi.

Sesekali gunakan baja organik agar bunga sentiasa sihat dan cepat berbunga. Jika ditanam di tanah, pastikan kawasan halaman bebas daripada rumput liar yang boleh mengganggu pertumbuhan bunga.

Kesimpulannya, menanam bunga beraroma harum adalah cara mudah untuk memiliki pewangi semula jadi di rumah. Ia bukan sahaja mencantikkan pemandangan, malah memberikan kesegaran serta terapi semula jadi kepada penghuni rumah.

Dengan pemilihan bunga yang tepat dan penjagaan yang baik, setiap sudut rumah akan berbau harum, sekali gus menjadikan kediaman lebih damai dan menyenangkan.

Baca artikel lain juga: Tak Perlu Racun, TURNERA Pokok Bunga Pukul 10 Bodyguard Semula Jadi LAMAN

Boost Pokok Berbunga, Berbuah Banyak Dengan Campuran Air Basuhan Beras Dan Kulit Pisang

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi