Bunga Durian Musang King Luruh Tepi Rumah, Jangan Buang, Boleh Buat Rendang

Share

Bunga durian Musang King luruh tepi rumah, jangan buang, boleh buat rendang. Siapa sangka bunga durian yang gugur di halaman rumah sebenarnya boleh dijadikan sajian istimewa. Itulah pengalaman unik seorang pemilik kebun di Johol yang berkongsi kepuasan mengutip bunga durian Musang King lalu mengolahnya menjadi rendang.

Bunga Durian Musang King Luruh Tepi Rumah, Jangan Buang, Boleh Buat Rendang

Kreativiti sebegini bukan sahaja mengelakkan pembaziran, malah membuka peluang untuk mencuba rasa baharu yang jarang kita dengar. Biasanya bunga durian hanya dibiarkan gugur memenuhi tanah sebelum musim buah tiba.

Bagi mereka yang gemar bereksperimen di dapur, bunga durian boleh diolah menjadi lauk berkuah seperti gulai, masak lemak atau lebih menarik lagi, rendang. Teksturnya yang lembut memberikan rasa tersendiri, apatah lagi bila dimasak dengan ramuan rendang tradisi yang kaya dengan santan, serai, kunyit hidup dan rempah ratus.

Resipi Rendang Bunga Durian Musang King

Bahan-bahan:

1 mangkuk bunga durian yang telah dibersihkan
2 cawan santan pekat
1 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit – dihiris halus
1 helai daun limau purut
2 sudu makan kerisik
Garam, gula melaka dan perasa secukupnya

Bahan kisar:

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
10 tangkai cili kering (direbus lembut)

Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak.

2.Masukkan bunga durian, gaul sebati dan biarkan layu.

3.uangkan santan pekat, kacau perlahan supaya tidak pecah minyak.

4.Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.

5.Perasakan dengan garam serta gula melaka secukup rasa.

6.Masak sehingga kuah pekat, bunga durian lembut dan naik bau rendang.

 

 

Kesimpulannya, kreativiti dalam dapur rumah sendiri mampu mengangkat bahan biasa menjadi hidangan luar biasa. Rendang bunga durian Musang King ini mungkin kedengaran pelik, tetapi bagi penggemar masakan tradisional, ia wajar dicuba sebagai pengalaman rasa yang unik dan penuh cerita.

Jadi lain kali bila melihat bunga durian berguguran, jangan terus disapu buang. Siapa tahu, boleh jadi lauk istimewa untuk seisi keluarga.

Sumber: Roziah Othman (Kebun Tepi Rumah)

Artikel lain: Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah

Kulit Durian Jangan Dibuang, Boleh Buat Baja Cecair Untuk Siraman

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Norhasliza Mohd Shafi