Buat Yang Tengah Survey Konsep Rumah Tu, Boleh Tiru Gaya Moden Ini. Tak Rugi!

Share
Moden kontemporari, karakternya tampak bergaya dan bersahaja, namun praktikaliti yang dicipta pada kediaman Rimbun Vista ini amat bersesuaian untuk mereka yang bekerjaya serta mengutamakan keselesaan buat keluarga.
Sebuah kediaman akan berfungsi secara optimum andai dibina mengikut keselesaan penghuninya. Itulah yang diutamakan oleh IJM Land terhadap seni bina kediaman Rimbun Vista ini. Bagaimanapun, ia bukan sekadar hanya berdasarkan kepada cita rasa manusia semata-mata, sebaliknya elemen persekitaran juga turut tidak dilupakan agar terbina sebuah kediaman yang harmoni.Kesemua elemen ini diterjemahkan oleh pereka dengan sempurna pada kediaman ini. Reka bentuknya yang moden dan sederhana benar-benar sebati dengan persekitaran melalui palitan rona kelabu usang, selain dikemaskan dengan penggunaan material kayu dan keluli. Anda mampu merasi kedinginan dan keselesaan yang ditawarkan oleh rekaan interior dan juga struktur kediaman ini seiring dengan namanya iaitu Rimbun Vista.

Bagi menyuntik elemen kontemporari dengan lebih berkesan, material kaca turut dimanipulasikan menerusi penggunaan tingkap dan pintu gelangsar. Tidak hanya itu sahaja, kabel besi turut digunakan sebagai panel pembahagi ruang yang kelihatan begitu rustik mencipta satu kelainan.

PESONA INTERIOR LENGKAPI KEDIAMAN

Masih mengetengahkan pendekatan yang seiring dengan reka bentuk luarannya, penataan interior yang ingin diterapkan adalah bercirikan moden kontemporari yang ringkas dan bergaya. Tambah menyerlah, ia turut disuntik  dengan elemen bercirikan alami bagi memenuhi segenap ruang daripada kemasan lantai sehingga pilihan warnanya.

Dibina dengan konsep pelan terbuka, ia memudahkan penataan ruang interior agar dapat disesuaikan mengikut fungsi ruang dan kehendak pemilik. Daripada ruang tingkat bawah, tetamu akan melalui anjung yang telah dibina pada pintu masuk kediaman ini. Namun, tetamu turut boleh akses melalui pintu gelongsor yang berada bersebelah pintu utama selain berfungsi sebagai sistem udara dan pencahayaan buat keseluruhan ruang tingkat bawah kediaman ini. Kediaman ini mempunyai ruang garaj yang agak luas dan mampu memuatkan dua buah kenderaan pada satu-satu masa.

Sebagai ruang sosial utama, penataan ruang ini pastinya menjadi keutamaan buat tetamu yang bertandang. Lazimnya, kekuatan sesuatu ruang itu bersandar kepada penataan interior dan aksesorinya. Namun tidak bagi ruang ini.

Sebuah sofa L rona kelabu lembut digandingkan bersama kerusi rekaan industri sebagai ruang duduk tambahan. Tampak menarik lagi pada ruang ini, sebuah meja makan yang bersambungan dengan kaunter pulau yang mampu memuatkan enam tempat duduk. Binaan kaunter pulau serta meja makan ini amat bersesuaian dengan permukaan pelan lantai kediaman ini yang kelihatan memanjang.

SENSASI BERGAYA DI BILIK TIDUR

Melangkah ke tingkat atas kediaman ini, terdapat tiga buah bilik tidur yang disediakan  bagi kegunaan pemiliknya. Tumpuan penulis pastinya tertumpu pada ruang bilik tidur utama yang sensasi dengan penataan yang serba menawan.

Bilik tidur ini dilengkapi dengan panel dinding besar sekali gus mencipta suasana ruang yang eksklusif selain penggunaan perabot katil bina dalam dan set perabot meja kerusi daripada material kayu. Setiap bilik tata hiasnya begitu berbeza namun seiring dengan konsep moden mengikut usia anak pemilik.

Keseimbangan reka bentuk kediaman antara cita rasa dan persekitaran selain suntikan elemen gaya kontemporari mencipta sebuah ruang kediaman indah dan unggul. Inilah kekuatan kediaman Rimbun Vista di Seremban 2 ini.

IKLAN