Buang 7 Benda Ini Dari Rumah Jika Anda Mahu Hidup Lebih Ceria Dan Bahagia

Share

Masyarakat Jepun banyak memberi inspirasi positif kepada seluruh dunia. Jika di dalam sektor pekerjaan, kita banyak mengikut tips 5S dalam memastikan persekitaran kerja lebih mantap dan teratur. Dalam kitaran perumahan serta dekorasi kediaman, anda boleh mengikuti konsep declutter serta organizing yang diamalkan oleh orang Jepun.

Perkara ini telah lama diamalkan dalam struktur kediaman masyrakat Jepun, tidak kira besar serta kecil mana ruang kediaman rumah, pasti kita akan nampak ianya seakan ruang yang besar. Oleh itu, di sini IMPIANA ingin berkongsi rahsia kebaikan konsep buang dan susun untuk kelengkapan rumah anda agar lebih tenang di masa hadapan. Percayalah anda akan menghargai diri anda sendiri sebaik sahaja anda selesai susun dan buang kelengkapan rumah.

1. Buang segala kelengkapan yang tidak diingini

Anda kena buang segala kelengkapan rumah yang tidak memberi manfaat serta berguna lagi kepada anda dan juga penghuni lain. Jika anda miliki 6 helai tuala, simpan hanya 4 tuala. Perasan tak lipatan tuala mengambil banyak ruang dalam almari pakaian. Jadi, buang atau jual.

2. Adakah pakaian serta aksesori ini kita gembira atau sebaliknya?

Ambil beberapa objek dalam kediaman anda dan lihat serta tanya kepada diri anda sendiri ‘adakah saya perlu lagi barang ini?’ , ‘benda ni buat saya renyah ke?’. Pastikan anda hanya simpan barangan keperluan rumah yang membangkitkan elemen positif dalam diri anda. Kalau buat anda serabut, baik buang atau jual. Duit masyuk, happy for sure.

3. Satu kumpulan dalam satu masa

Kesilapan besar semasa mengemas rumah adalah kita asyik terjumpa barang yang sama tanpa kita sedari jumlah barang tersebut telah memakan banyak ruang dan kita hanya menggunakan beberapa sahaja. Adalah wajar untuk letakkan semuanya dalam satu kategori dan anda boleh pertimbangkan sama ada ianya untuk disimpan atau dijual. Yang tinggal selepas ini adalah kelengkapan yang PERLU

sahaja.

4.Label di Barang Runcit

Produk makanan selalunya dibungkus dalam tin, botol dan bekas yang terang. Kesemua item ini jika anda simpan dalam kabinet dapur, bila buka, ianya seperti hujan informasi dan boleh buat anda serabut. Solusinya adalah, tukarkan label serta simpan semua serbuk, bahan dan kelengkapan runcit rumah anda dalam satu bekas spesifik dan mempunyai label yang sama.

5. Koleksi foto yang tidak terkira

Banyak kita lihat di rumah rakan-rakan dan tidak ketinggalan di rumah kita sendiri terlalu banyak koleksi foto sama ada digantung, atau diletakkan di atas meja. Sudah tiba masanya untuk anda mengalihkan segala foto yang tidak perlu dan hanya tinggalkan foto yang betul-betul memberi makna kepada anda.

6. Susunan serta aturan Buku

Terdapat dua kategori buku yang perlu anda buang. Pertama, buku yang anda sudah baca dan terlupa. Kedua, buku yang anda nak baca tetapi anda terlupa. Buku kategori pertama sudah berjaya mencerna minda anda dan sudah tiba masa untuk dijual kepada pemilik baru. Buku kategori kedua molek untuk dipulangkan kepada pemilik atau anda buat penilaian kedua sama ada mahu disimpan atau dibuang.

 

7. Ruang kerja

Tempat anda bekerja sepatutnya membantu anda melunaskan segala tanggungjawab dengan efisien. Tetapi macamana nak buat kerja kalau meja bersepah dan tidak teratur. Penyelesaiannya adalah, susun fail serta dokumen dalam keadaan menegak serta pastikan hanya kelengkapan dan aksesori bekerja sahaja ada di atas meja. Percayalah, idea anda akan bercambah serta tugasan anda dapat dilaksanakan dengan cekap dan mantap.

 

IKLAN