
Mahukan tandas sentiasa segar dan bebas bau busuk? Kini anda boleh hasilkan blok pewangi tandas home made yang bukan sahaja menjimatkan, malah mampu menyingkirkan bau tidak menyenangkan dengan cara semula jadi. Bonusnya, anda boleh pilih sendiri bau kegemaran anda!
Berikut bahan asas yang diperlukan untuk membuat blok pewangi tandas home made yang harum dan tahan lama:
Masukkan baking soda ke dalam bekas adunan dan gaul menggunakan garfu supaya bahan sebati. Baking soda terkenal sebagai bahan semula jadi yang berkesan untuk menyingkirkan bau busuk di tandas. Kemudian, campurkan asid sitrik dan kacau rata untuk membentuk asas kepada blok pewangi tandas home made anda.
Dalam bekas kaca, campurkan cuka dan hydrogen peroxide, kacau rata. Selepas itu, tambahkan campuran ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan baking soda. Jangan tuang sekaligus untuk mengelakkan tindak balas kimia yang terlalu kuat. Akhir sekali, masukkan essential oil pilihan anda untuk memberi aroma yang segar dan menyenangkan.
Gunakan separuh camca untuk membentuk adunan menjadi separuh bulat. Letakkan di atas dulang atau kuali leper yang telah dialas dengan parchment paper. Untuk membantu bahan melekat antara satu sama lain, boleh sembur sedikit campuran air dan cuka. Biarkan ia kering selama beberapa jam atau semalaman.
Setelah kering sepenuhnya, simpan blok pewangi tandas home made dalam balang kaca bertutup. Jangan lupa untuk melabelnya bagi mengelakkan kekeliruan. Setiap kali tandas berbau busuk, selepas flush, jatuhkan satu blok pewangi ke dalam mangkuk tandas. Bau yang harum akan segera tersebar dan menyegarkan suasana tandas anda.
Untuk hasil tahan lebih lama, simpan blok pewangi di tempat yang kering dan sejuk. Anda juga boleh cuba variasi bau seperti tea tree oil untuk kesan antibakteria atau lemon oil untuk aroma menyegarkan. Gunakan secara berkala untuk mengekalkan keharuman tandas sepanjang masa.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Pop Sugar