Laman

Resepi Baja Belacan Tingkatkan Hasil Cili Padi

Share

Pokok cili padi mudah diserang penyakit. Hal ini bakal menjejaskan hasil dan produktiviti cili padi. Untuk mengatasi masalah ini, imuniti pokok perlu diperkuatkan. Selain penggunaan racun serangga bersifat kimia, anda juga boleh membuat booster semulajadi untuk memperkuatkan imuniti pokok seawal usia anak pokok lagi.

Bahan2:

100 gm Belacan
100 gm Gula merah
500 ml Air hujan

Cara penapaian:

1. Gaulkan 500 ml air bersama 100 gm belacan sehingga larut

2. Masukkan 100 gm gula merah di dalam bancuhan air tadi dan dikacau sehingga larut sepenuhnya

3. Alaskan kain kasa pada mulut bekas simpanan dan di tutup rapat

4. Peram bancuhan dalam masa sebulan

5. Selepas sebulan, tapiskan air siap di peram dan buang sisa-sisa yang tidak terlarut

Cara penggunaan:

1. Campurkan 10 ml air perapan belacan tadi bersama 2 Liter air

2. Semburkan pada keseluruhan pokok termasuk permukaan tanah, batang dan bawah daun

3. Lakukan semburan setiap minggu untuk imuniti pokok yang baik

 

 

IKLAN