
Bagi pencinta haiwan, terutamanya kucing, membela si bulus di rumah bukan sekadar hobi. Ia menjadi satu bentuk kasih sayang dan terapi emosi. Namun begitu, keseronokan membela kucing tidak seharusnya mengabaikan hak dan ketenteraman jiran tetangga. Ramai yang tidak sedar, bela kucing boleh tetapi mesti dengan adab dan tanggungjawab agar tidak menyusahkan orang sekeliling.
Antara aduan paling biasa ialah kucing yang bebas keluar masuk ke kawasan jiran. Ada yang tidur di atas kereta, naik ke dapur luar, masuk ke dalam rumah atau membuang najis di laman jiran.
Impaknya:
Apa perlu pemilik buat?
Mengikut garis panduan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan etika kejiranan, setiap pemilik haiwan bertanggungjawab menjaga kebersihan dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Jika jiran membuat aduan rasmi, anda boleh dikenakan tindakan seperti:
Bila kucing tidak dimandulkan, ia akan membiak dengan cepat. Akibatnya, pemilik tidak mampu mengurus semua anak-anak kucing dan ia mula berkeliaran menjadi kucing jalanan.
Kesan kepada jiran:
Langkah bertanggungjawab:
Kucing yang dibiar lepas bebas biasanya akan membuang di kawasan tidak sepatutnya seperti laman jiran, dalam pasu bunga atau tepi longkang. Untuk elak masalah ini:
Kucing yang bergaduh, mengawan, atau memanggil anak-anaknya boleh menghasilkan bunyi yang mengganggu tidur jiran, terutamanya pada waktu malam.
Apa pemilik boleh lakukan?
Islam sendiri menekankan pentingnya menjaga hak jiran dan tidak menyakiti mereka walau dengan perbuatan kecil. Bela kucing boleh menjadi ibadah jika dilakukan dengan betul, tetapi boleh jadi dosa jika menyusahkan orang lain. Maka, penting untuk menyeimbangkan kasih kepada haiwan dengan tanggungjawab sosial terhadap jiran.
Kucing adalah haiwan comel dan penuh kasih sayang. Namun tanggungjawab sebagai tuan juga besar. Jangan jadikan hobi membela kucing sebagai sebab hubungan sesama jiran retak atau timbul permusuhan. Bela kucing boleh
, asalkan diurus dengan berhemah. Barulah harmoni antara manusia dan haiwan kekal terjaga, rumah pun sentiasa aman dan bersih.Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.