
Pokok orkid yang “malas” berbunga sering menjadi masalah kepada ramai penggemar tanaman hiasan. Namun, dengan baja orkid 2 in 1 yang dibuat daripada bahan semula jadi seperti beras, kacang hijau dan kulit telur, anda boleh menggalakkan pertumbuhan dan pembungaan semula dengan lebih cepat.
Antara faktor utama orkid malas berbunga ialah kekurangan nutrien, cahaya tidak mencukupi, atau media tanaman yang sudah lama dan kurang subur. Penggunaan baja orkid 2 in 1 membantu menambah semula zat penting yang diperlukan untuk merangsang pembungaan semula.
2. Rendam kacang hijau bersama 2 cawan air semalaman untuk melembutkannya.
3. Rendam beras bersama 2 cawan air semalaman untuk mengeluarkan khasiat semula jadinya.
4. Satukan semua bahan (kulit telur, kacang hijau dan beras) ke dalam pengisar, kemudian kisar hingga lumat.
5. Peram adunan dalam bekas kedap udara selama 3–4 hari dan tapis selepas itu. Hampasnya boleh dijadikan baja untuk pokok buah-buahan.
6. Untuk digunakan, campurkan 5ml baja orkid 2 in 1
bersama 1 liter air. Siram atau sembur pada pokok orkid.Baja ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah berkesan merangsang pertumbuhan bunga baharu. Kandungan protein dari kacang hijau dan kalsium daripada kulit telur membantu memperkuat struktur batang serta akar orkid.
Selepas beberapa minggu peggunaan, anda akan melihat perubahan pada pokok orkid, daun lebih hijau, akar lebih sihat, dan bunga mulai keluar semula.
Dengan penggunaan konsisten, baja orkid 2 in 1 ini mampu mengembalikan seri dan keindahan bunga orkid anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya menikmati bunga orkid yang segar dan cantik!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Artikel Menarik: Elak Pokok Orkid Terlebih Air, Guna Teknik Kiub Ais
Mesti Baca: Elak Akar Cepat Busuk & Bunga Mudah Gugur, Begini Cara Penjagaan ORKID Musim Hujan!