Apa Itu Vented, Condenser & Heat Pump? Jom Ketahui Fungsi Setiap Jenis Mesin Pengering Baju

Share

Sekiranya anda belum pernah mengunakan mesin pengering baju dan sedang mencari barangan elektronik berkenaan, ada beberapa maklumat yang anda perlu tahu sebelum membelinya.  

Mesin pengering baju atau disebut sebagai ‘Dryer’ dalam bahasa Inggeris sebenarnya memiliki tiga jenis kategori yang berbeza iaitu Vented, Condenser dan Heat Pump. 

Jadi, mari kita kenali fungsi dan teknologi yang digunakan untuk setiap jenis kategori mesin pengering baju yang ada. 

Jenis Vented 

Untuk pengetahuan anda, mesin pengering baju jenis Vented harganya  jauh lebih murah berbanding Condenser dan Heat Pump. Jika kita lihat di kedai barangan elektrik, harganya dijual sekitar dalam anggaran RM800 ke atas. 

Namun, untuk jenis ni anda harus letak mesin pengering baju di kawasan luar kerana ia memerlukan aliran wap air dekat luar. Sekiranya mahu letak dalam rumah, anda kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.

Jenis Condenser

‍‍‍‍‍‍‍‍Manakala untuk jenis ‘Condenser’ pula harganya agak sedikit mahal, sekitar RM1200 ke atas. Bagi jenis anda tidak ni perlu letak luar rumah kerana ia memiliki satu fungsi yang membolehkan wap akan ditukar menjadi air lalu disimpan dalam bekas yang ada pada mesin. 

Cuma, setiap kali selepas keringkan baju, anda kena buang air tu secara manual. Dari segi penggunaan elektrik pula agak sedikit tinggi jadi akan ada penambahan sebanyak RM15 hingga RM20 jika anda mengunakannya setiap hari. 

Jenis Heat Pump 

Konsep dan fungsi jenis ‘Heat Pump’ masih sama dengan Condenser’ cuma berbeza dari segi kualiti dan ciri-ciri fungsi istimewa yang lain. Harga yang dijual sekitar RM2000 ke atas dan menjadikan mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ antara yang termahal. 

Ini kerana penggunaan kuasa elektrik bagi mesin pengering baju jenis ini sangat minima, sekitar 800watt sekali penggunaan. 

Bukan itu sahaja, tempoh masa yang diperlukan untuk jenis ini sangat singkat dan pantas. Jadi dapat menjimatkan masa anda yang pastinya!

Jadi jenis pilihan mana yang paling berbaloi dan sesuai untuk dibeli? Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera. 

Meski anda perlu berbelanja lebih untuk mendapat mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ yang dilengkapi dengan pelbagai kelebihan fungsi dan ciri-ciri istimewa lain maka ia boleh disifatkan sebagai satu pelaburan yang bijak. Bak kata orang, biar alah membeli, menang memakai. Tak gitu?

Sumber: Facebook Impiana Home

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!

IKLAN