ANZALNA Nak Jual Rumah Sekali Perabot Untuk Beli Rumah Baru Eidrees & Emirhan

Share

ANZALNA Nak Jual Rumah Sekali Perabot Untuk Beli Rumah Baru Eidrees & Emirhan. Beruntung anak-anak apabila mempunyai ibu bapa yang berkemampuan untuk menghadiahkan sebuah rumah dari awal, sejak mereka kecil untuk kemudahan masa depan.

Bukan apa, memandangan harga rumah saban tahun kian meningkat, pembelian rumah boleh menjadi aset untuk pelaburan jangka panjang malah boleh juga dijadikan pendapatan pasif, apabila disewakan.

Rumah Baru Untuk Masa Depan Anak-Anak

Dalam perkongsian ringkas di Instagram, pelakon Anzalana Nasir, 37 meluahkan hasrat untuk menjual salah sebuah rumahnya yang pada awalnya dihadiahkan untuk anak lelaki sulungnya, Mohamad Eidrees,6 . Jelas Anzalna lagi, rumah tersebut dibeli sebelum Eidrees dilahirkan lagi dan tidak pernah didiami, hanya dijadikan rumah sewa sebelum ini.

Namun, Anzalna berubah fikiran dan berhasrat untuk menjual rumah tersebut berserta perabot yang ada dan ingin membeli rumah baru untuk kedua-dua anak lelakinya, Eidress & Emirhan sebagai persediaan untuk masa depan mereka.

“To sell or not to sell… the hardest decision to make. I tak pernah duduk rumah ni. I bought this house for Eidrees even before he was born, thinking about his future. But now, mommy has changed her mind and feels like maybe I want to sell this house and get them both a new one.

“I need to make sure I’ve prepared everything for my children’s future, InshaAllah.”

“If anyone is interested in buying, feel free to DM me. The house has never been empty since I bought it, always rented out and the location is hot! Next week, ada couple dari Spain nak sewa masuk… should I let them sewa? Hahahahaha 😅 Siapa yang beli rumah ni, saya bagi semua barang dalam rumah sekali. Ambil je lah..”

Selain itu, jelas Anzalna pembelian rumah baru untuk kedua-dua anaknya supaya dia dapat berlaku adil. Eidress dan Emirhan dapat rumah baru yang sama.

Rumah yang ingin dijual tersebut merupakan jenis kondominium yang menghadap pencakar langit KLCC. Mempunyai dekorasi yang cantik, rona neutral lengkap dengan perabot berkonsep moden dan mewah. Malah mempunyai access lif yang terus masuk ke dalam rumah. Memang bertuah siapa yang beli rumah ni, tinggal cuci kaki je masuk rumah.

Anzalna telah mendirikan rumahtangga dengan Mohammad Hanif Mohamad Zaki pada 21 Februari 2016. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan 2 cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees,6 dan Mohamad Emirhan, 3.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Suhaidah Wahab