Laman

Air Rebusan Bunga Cengkih, Resepi Untuk Musnahkan Serangga Perosak Bayam Brazil

Share

Sebelum ni IMPIANA pernah kongsikan khasiat bayam brazil atau juga dikenali dengan nama bayam sissol. Antaranya awet muda, menguatkan tulang dan pelbagai lagi. Sayuran jenis salad ni, memang sangat mudah untuk ditanam dan cepat membiak. Tapi ada satu masalah yang memang boleh buat semua orang patah hati iaitu ancaman perosak.

Artikel berkaitan: 13 Khasiat Bayam Brazil, Mengekalkan Awet Muda Dan Bagus Untuk Ibu Mengandung

Seperti sayuran berdaun lain, antara serangga yang kerap ancam bayam brazil ni adalah cabbage worm. Kehadirannya memang sukar dikesan kerana ia kecil, warna sama seperti daun dan tak tahu bila waktu serangga ni aktif. Kehadirannya mudah dikesan apabila kelihatan butiran kecil berwarna hitam pada permukaan daun.

Kalau dibiarkan, boleh jadi botak pokok bayam brazil kita. Tapi, Siti Samsiah ada resepi racun organik untuk masalah ulat yang suka makan bayam brazil ni.

BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil bunga cengkih
1 liter air

CARA-CARA:
Rebus semua bahan dengan api sedarhana sampai mendidih. Saringkan air rebusan setelah disejukkan.

Masuk kan air rebusan tadi ke dalam botol semburan. tak perlu tambah air dan semburkan pada keseluruhan tanaman terutamanya pada bahagian bawah daun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Untuk lebih berkesan, boleh buat semburan setiap hari.

IKLAN