Berita

Adakah Benar Samsung Galaxy Z Flip4 Direka Hanya Untuk Wanita Sofistikated?

Share

Baru-baru ini, jenama telefon pintar antarabangsa Samsung telah melancarkan siri keempat untuk model telefon lipat terbaharu mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4. 

Setiap kali kedua-dua model telefon pintar ini dilancarkan sering mendapat perhatian ramai oleh kerana keunikan reka bentuk serta teknologi yang dimiliki pada telefon pintar ini. 

Apabila kita bercakap soal tentang telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4 ini, adakah benar ia direka khas hanya untuk kaum wanita yang sofiskated sahaja oleh dek kerana reka bentuknya yang kecil? 

Malah ada juga yang beranggapan telefon pintar ini hanya sesuai untuk diguna pakai oleh kaum wanita ekoran ia sering didatangkan dengan pilihan warna lembut seperti emas, ungu dan merah jambu untuk siri model terdahulu. 

Selain itu, setiap kali siri model telefon ini mula dipasarkan ia sentiasa menggunakan pendekatan pemasaran dengan menampilkan model wanita dalam iklan promosi untuk siri model telefon pintar berkenaan. 

Maka dengan itu, siri model telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip sememangnya direka khas dan mensasarkan keutamaan jualan kepada kaum wanita. Namun, tidak ada salahnya sekiranya ada kaum lelaki atau anak muda masa kini yang ingin menggunakan telefon pintar lipat ini.

Untuk telefon pintar siri model terbaharu ini, ia dijual dengan harga serendah RM4,099 dan didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan Blue.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar lipat siri model Samsung Galaxy Z Flip4 terbaharu ini, anda boleh segera membuat pra-tempahan di mana-mana cawangan pusat jualan Samsung yang berdekatan dengan anda atau menerusi laman sesawang rasminya, www.samsung.com.my.

Sumber: Samsung Malaysia Website 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: (VIDEO) Ramai Tak Tahu Periuk Non-Stick Antara Punca Penyakit Barah, Ini Sebabnya

 

IKLAN