Laman

9 Tip “Simple” Untuk Elak kawasan Rumput yang Hijau Menjadi Coklat

Share

Rumput, antara tanaman yang dianggap remeh. Perlu dipotong secara kerap, baja, dan sebagainya. Ada juga yang cakap, nak taman less maintenance jangan guna rumput. Sebab itu ada yang lebih rela turap keseluruhan lantai laman.

Tapi kalau anda ikut 10 tip penjagaan rumput yang paling mudah ini, segala masalah dan isu mengenai rumput dapat diselesaikan.

1. Air
Semua, tak kisah lah apa pun jenis rumput, mahal mana pun rumput, siraman tetap perlu dilakukan. Jangan ingat anda guna cow grass yang paling lasak tak perlu air ya. Bila anda memberi siraman yang mencukupi untuk rumput, ia menggalakkan akar untuk tumbuh lebih dalam. Bila akar sudah sihat, mesti rumput pun sihat. Namun, keperluan air bergantung kepada jenis rumput, tanah dan iklim setempat. Anda perlu bertanya kepada yang lebih pakar untuk mendapatkan perincian tersebut.

2. Laraskan Sprinkler
Kebiasaannya bagi pemilik laman yang mempunyai kawasan rumput yang luas, sprinkler adalah penyelesaian mudah untuk tujuan penyiraman. Tapi, jangan ingat sprinkler yang anda beli dipasang dan dibiarkan ia siram tanpa pemantauan. Nanti boleh menyebabkan air siraman tidak dapat diagihkan pada keseluruhan kawasan. Atau hanya kawasan yang berhampiran sprinkler sahaja menerima air. Siraman berlebihan juga boleh menyebabkan medium tanaman terlalu lembap dan rumput boleh mati. Oleh itu, anda perlu laraskan kepala sprinkler anda. Kebiasaannya, kepala sprinkler mudah dilaras hanya dengan menggunakan pemutar skru sahaja. Laras mengikut keperluan.

3. Pembajaan
Rumput pun perlu pembajaan. Kebiasaannya, ramai yang memilih baja jenis urea. Tapi sebenarnya baja urea tidak baik untuk rumput. Tak percaya? baca artikel yang telah disediakan oleh sumber pakar.
Baja urea menjadikan rumput lebih cepat rosak 

4. Mata pisau pemotong
Tak kisah lah jenis jentera apa sekali pun anda gunakan untuk memotong rumput, mata bilah pemotong WAJIB tajam. Kalau tumpul, ia akan menyebabkan kesan potongan tidak cantik dan kemungkinan besar penyakit akan lebih mudah berjangkit walaupun anda menggunakan sabit.

5. ketinggian untuk memotong
Hanya 1/3 dari ketinggian rumput sahaja perlu dipotong. Jika 2/3 dari keseluruhan ketinggian rumput yang tinggal, ia mampu memberi teduhan yang lebih pada bahagian akar dan permukaan tanah dari terdedah kepada terik matahari. Secara tidak langsung, ia mampu mengekalkan kelembapan tanah dalam tempoh yang lama. Lagi pun, lebih panjang rumput, lagi dalam sistem akarnya.

6. Grasscycling
Selesai memotong rumput ada baiknya anda biarkan sahaja sisa-sisa rumput di tempatnya. Apabila lebihan rumput yang dipotong tadi terurai, nutrien yang terdapat pada bahagian tersebut dapat diserap semula oleh rumput yang masih hidup. Tapi, tidak lah bermakna anda biar kan semua sisa potongan di laman, kumpulkan dan jadikan ia sebagai bahan kompos atau sungkupan tanaman lain. Tinggalkan sikit-sikit sahaja.

7. Pengudaraan
Bagi sesetengah rumput tebal seperti carpet grass, proses pengudaraan atau aerate perlu dilakukan. Apabila rumput terlalu tebal, nutrien dan air siraman yang dibekalkan sukar untuk diserap oleh akar. Oleh itu, pastikan anda menggunakan alatan khas untuk pengudaraan rumput yang mudah didapati di nurseri dan lakukannya sekurang-kurangnya 2-3 bulan sekali atau apabila permukaan rumput kelihatan terlalu padat.

8.Crabgrass
Crabgrass adalah antara ancaman utama kepada rumput anda. Memang lah ia kelihatan seperti rumput, namun jika ia tidak dimusnahkan segera secara perlahan-lahan ia bakal menguasai keseluruhan laman anda. Kalau anda nampak sahaja rumput dengan bentuk fizikal seperti gambar yang disediakan di kawasan rumput anda, segera cabut dan musnahkan. Nanti jika dibiarkan, dan mula berbunga, lagi susah nak kawal.

9. Masalah haiwan atau sibulu kesayangan
Urin mengandungi asid. Asid tersebut akan menyebabkan gangguan pada bahagian akar terlebih dahulu dan perlahan-lahan menyebabkan bahagian yang menyerap urin tadi mati dan menjadi tompok perang. Jika anda kesan haiwan kesayangan anda melakukan tabiat ini di kawasan berumput, cara untuk mengatasinya adalah dengan menyiram seberapa banyak yang boleh supaya urin yang diserap oleh tanah tadi di flush out terus ke dalam tanah yang lebih dalam.

 

IKLAN