Laman

8 Jenis Tanaman Paling Produktif Jika Ditanam Di Dalam Pasu

Share

Tanaman sayur dalam pasu adalah idea bijak bagi anda yang mempunyai ruang terhad tidak kira di anjung, balkoni, dalam rumah dan sebagainya. Namun ramai yang mengalami masalah apabila hasil tuaian tidak menjadi. Antara punca utama adalah disebabkan pemilihan tanaman yang tidak sesuai untuk ditanam di dalam pasu. Berikut, 8 jenis tanaman sayuran yang lebih produktif dan ideal untuk ditanam di dalam pasu:

1. TOMATO
Tomato jenis tanaman sayuran yang menghasilkan buah paling produktif jika ditanam di dalam pasu. Yang menjadi keutamaanya ia lah penerimaan cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari. Saiz pasu bergantung keapda jenis tomato. Antara spesis tomato yang paling mudah dan produktif jika ditanam di dalam pasu adalah jenis tomato ceri

2. KEKACANG
Kacang panjang dan kacang buncis adalah antara jenis tanaman sayur yang menjalar. Untuk memastikan tanaamn kekacang ini mengeluarkan hasil yang optimum, sediakan para atau tempat panjat secukupnya. Disamping itu juga, ia memerlukan pencahayaan terus secara optimum bagi menghasilkan kacang yang banyak.

3. SALAD
Salad tanaman yang paling cepat dan mudah untuk ditanam didalam pasu. Untuk salad, pilih dari jenis pasu yang mempunyai bukaan yang luas untuk membolehkan daunnya tumbuh lebat. Kedalamnya pula 6 inci sudah memadai

4. CILI
Tanam jenis cili memerlukan pasu yang sedikit besar dan dalamnya 12 inci. Ini kerana, pokok cili mempunyai akar serabut yang padat.

5. SAYUR BERDAUN
Seperti yang dinyatakan, sebarang jenis sayur berdaun seperti salad, bayam, sawi, kangkung dan sebagainya tidak memerlukan saiz pasu yang besar. Cukup sekadar kedalamnya 6-8 inci

6. LOBAK
Ramai yang tidak tahu, lobak sesuai di tanam di dalam pasu, yang penting adalah pemilihan pasu dan medium tanaman. Lobak memerlukan pasu yang mempunyai kedalam 12 inci jika lebih dalam lebih baik. Bagi mendapatkan umbisi yang besar, tambak bahagian pangkal lobak antara daun dan umbisi secara kerap.

7. KOBIS
Kobis antara tanaman yang paling mudah untuk di tanam di dalam pasu, kerana ia memerlukan 2-3 kali pemasuan semula untuk mendapatkan hasil yang optimum. Kobis memerlukan pasu yang mempunyai lebar dan kedalam lebih kurang 12×12 inci untuk menampung kelopak daunya yang berat.

8. TIMUN
Timun tanaman yang memerlukan air yang banyak untuk memastikan buah yang dihasilkan cantik. Dalam beberapa bulan sahaja, timun akan mengelurkan hasil dengan banyak jika di tanam di dalam pasu Yang penting, pencahayaan yang mencukupi dan ar yang banyak. Sebab itu, kebanyakkan pekebun menanam timun di dalam polibag

IKLAN