
Karpet baru beli, tiba-tiba boleh pula kan anak atau tetamu yang datang jatuhkan makanan atas karpet kita. ADUH! sakitnya mata, hati apa lagi kan. Terus gulung atau lipat karpet untuk dihantar dobi. Kak, dobi karpet bukan murah tau.
Habis, macam mana nak bersihkan karpet kotor? Jangan risau, sebab anda boleh cuba cara bersihkan karpet kotor yang paling mudah dan tak perlukan ringgit yang banyak untuk penyelesaiannya. Jom tengok satu-satu!
1. Kesan Air Tertumpah
Kopi, Milo dan pelbagai lagi air yang berwarna gelap akan meninggalkan kesan apabila tertumpah atas karpet. Nak-nak kalau karpet yang berwarna cerah.
Kebiasaannya apa yang akan anda lakukan? Ambil kain kering dan tekap pada bahagian yang tertumpah tadi kemudian lap dengan kain yang telah dibasahkan dengan air bersih kan. Tapi masih ada kesan kotoran, betul tak?
Lain kali cuba cara ini:
- Ambil kain bersih dan tekap kawasan air tumpah tadi separuh kering.
- Campurkan 2 bahagian pencuci fabrik tanpa peluntur dengan 2 bahagian air.
- Kacau rata dan letakkan campuran pada bahagian air yang telah tumpah.
- Tutup kotoran dengan sehelai baju t-shirt dan iron sampai air cucian tadi hampir kering.
Hasilnya, kesan tumpahan akan hilang tanpa perlu hantar ke dobi!

2. Bulu Haiwan
Masalah bulu kucing atau anjing pada karpet memang susah nak hilangkan. Gunakan squeegee sebelum anda vacuum karpet. Alat ini sangat membantu untuk mengumpulkan bulu-bulu halus yang terselit pada karpet, terutama jenis karpet berbulu tebal.

3. Shag Rug
Shag rug atau karpet berbulu panjang memang suka memerangkap habuk. Lagi tebal karpet anda, lagi banyaklah habuk yang terperangkap. Vacuum sahaja tidak mencukupi!
Caranya, anda perlu menggunakan lint roller pada keseluruhan permukaan karpet. Kemudian lipat dua dan vacuum bahagian bawah karpet mengikut bahagian (by part). Tak perlulah terbalikkan semua karpet penat nanti!

4. Chewing Gum
Ni kotoran paling degil, nak-nak bila dah terpijak lagi susah nak tanggalkan. Caranya mudah saja:
Gunakan ketulan ais dan biarkan selama 5-10 minit atau sehingga chewing gum tadi mengeras. Bila dah keras, baru lah mudah untuk anda tanggalkan tanpa merosakkan serat karpet.

5. Minyak dan Kotoran Degil yang Lain
Untuk menghilangkan kesan minyak atau kotoran degil lain, campurkan:
- 1 bahagian baking soda,
- 1 bahagian sabun pencuci pinggan, dan
- ½ bahagian cuka masakan.
Kacau rata dan aliskan pada kawasan kotoran. Gosok perlahan menggunakan kain atau span lembut. Kemudian bilas dengan kain yang telah dibasahkan dengan air bersih. Ulang langkah ini jika masih ada kesan degil. Ini salah satu cara bersihkan karpet kotor paling jimat dan berkesan!
6. Hilangkan Kesan Lekuk pada Karpet
Bila kita letak perabot atau apa-apa benda berat atas karpet dalam tempoh lama, sudah pasti ia akan meninggalkan kesan lekuk akibat tekanan.
Untuk hilangkan kesan tu, letakkan ketulan ais pada bahagian yang lekuk dan biarkan cair. Kemudian gunakan garfu untuk “sikat” semula serat karpet supaya naik semula ke bentuk asal. Mudah kan?


Itulah enam cara bersihkan karpet kotor yang anda boleh buat sendiri di rumah tanpa perlu keluarkan duit untuk dobi. Bukan sahaja jimat, tapi karpet anda pun kekal bersih, wangi dan nampak baru setiap masa!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mesti Baca: Karpet Kotor Boleh Cuci Guna Mop Saja, Tak Perlu Angkat & Jemur
Artikel Menarik: Hilangkan Kesan Dakwat ‘Permenant Marker’ Pada Perabot, Dinding & Karpet
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
















Ni link produk tint filem yang digunakan. 



Sebelum
Selepas 
