Dekorasi

5 Strategi Mudah & Efisien Untuk Kurangkan Bil Elektrik Rumah Anda

Share

Dalam kegawatan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup, bil elektrik sering menjadi bebanan yang merisaukan setiap bulan. Namun, tahukah anda bahawa sebahagian besar pembaziran tenaga berlaku disebabkan tabiat harian dan konfigurasi rumah yang tidak cekap?

Sebagai penulis dekorasi dan seni bina, saya percaya bahawa rumah yang “pintar” tidak semestinya dipenuhi gajet mahal, tetapi rumah yang mampu mengoptimumkan sumber sedia ada. Berikut adalah 5 langkah efisien untuk anda mula berjimat hari ini.

1. Manfaatkan Pencahayaan Semulajadi & ‘Daylighting’

Seni bina yang baik adalah seni bina yang “menjemput” cahaya masuk. Menggunakan lampu di siang hari adalah pembaziran yang boleh dielakkan.

  • Strategi: Gunakan langsir jenis sheer (nipis) yang membenarkan cahaya matahari masuk tetapi tetap menjaga privasi. Letakkan cermin besar bertentangan dengan tingkap untuk memantulkan cahaya ke sudut ruang yang lebih gelap.

  • Tip Arkitek: Pilih cat dinding berwarna cerah (seperti off-white atau kelabu lembut) kerana ia mempunyai kadar pantulan cahaya yang tinggi, sekaligus mengurangkan keperluan jumlah lampu yang banyak.

2. Optimumkan Penggunaan Penyaman Udara (AC)

Di Malaysia, penyaman udara merupakan penyumbang terbesar kepada bil elektrik. Namun, teknologi kini membolehkan kita berjimat dengan lebih bijak.

  • Strategi: Tetapkan suhu antara 24°C hingga 26°C. Setiap kenaikan satu darjah suhu boleh menjimatkan sekitar 10% tenaga. Pastikan filter dibersihkan secara berkala untuk memastikan motor tidak bekerja terlalu keras.

  • Integrasi Pintar: Melalui ekosistem intergari pintar sebagai contoh Samsung SmartThings, anda boleh menghubungkan peranti biometrik seperti Galaxy Watch atau Galaxy Ring ke penyaman udara Samsung Bespoke AI WindFree™. Sistem ini akan mengesan saat anda mula terlelap dan mengaktifkan Good Sleep mode secara automatik.

  • Automasi Biometrik: Suhu akan dilaraskan secara dinamik mengikut fasa tidur anda—meningkat sedikit secara automatik apabila suhu badan anda menurun semasa fasa tidur nyenyak (NREM)—untuk mengelakkan pembaziran tenaga akibat kesejukan melampau
    .

3. Cabut Palam Peranti ‘Vampire Power’

Tahukah anda bahawa peranti yang dibiarkan pada mod standby tetap menggunakan tenaga? Ini dikenali sebagai “tenaga pontianak”.

  • Strategi: Cabut palam pengecas telefon, televisyen, dan ketuhar gelombang mikro apabila tidak digunakan.

    Penggunaan smart plug membolehkan anda menutup bekalan kuasa sepenuhnya melalui telefon pintar.
  • Tip: Gunakan power strip yang mempunyai suis individu untuk memudahkan anda mematikan beberapa peranti serentak.

4. Beralih Sepenuhnya Kepada Lampu LED

Jika anda masih menggunakan lampu kalimantan atau mentol pijar lama, inilah masanya untuk bertukar.

  • Strategi: Lampu LED menggunakan tenaga sehingga 75% lebih rendah dan bertahan 25 kali lebih lama daripada lampu biasa.

  • Tip Arkitek: Gunakan lampu LED dengan fungsi malap (dimmable) yang diintegrasikan dalam sistem rumah pintar. Mengurangkan kecerahan lampu bukan sahaja mencipta mood yang tenang, malah menjimatkan penggunaan watt elektrik.

5. Pengudaraan Silang (Cross Ventilation)

Kadangkala, kita tidak memerlukan penyaman udara, sebaliknya hanya peredaran udara yang baik.

  • Strategi: Amalkan pengudaraan silang dengan membuka tingkap di dua arah yang bertentangan. Ini membolehkan angin keluar masuk secara semulajadi dan menolak udara panas keluar dari rumah.

  • Tip: Gunakan kipas siling bersama penyaman udara untuk seketika bagi mempercepatkan pengedaran udara sejuk, kemudian tutup AC dan biarkan kipas mengekalkan keselesaan tersebut.

Kesimpulan

Penjimatan elektrik bukan tentang hidup dalam kegelapan atau kepanasan, tetapi tentang penggunaan teknologi dan sumber secara berhemah. 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim