3 Masalah “Concrete Countertop” Yang Perlu Anda Fikir Sebelum Buat

Share

Ramai teringin bila melihat rekaan kabinet dapur yang mempunyai permukaan kaunter (counter-top) yang diberi kemasan konkrit (simen render). Tapi, ramai yang tak tahu sebenarnya tak mudah membina dan menguruskan countertop dari simen render ini. Antaranya ialah:

MUDAH CALAR DAN MEMERANGKAP KOTORAN
Anda lihat, dinding diperbuat daripada konkrit lebih kukuh berbanding daripada jenis material yang lain. Namun tidak seperti countertop

. Untuk mendapatkan kemasan dan kesan simen render yang cantik, nisbah campuran konkrit sangat berbeza jika dibandingkan dengan adunan untuk dinding dan lantai.

Hal ini menyebabkan struktur konter top mudah merekah walaupun terdapat lapisan epoxy sebagai perlindungan. Di Celah retakan tersebut akan menyerap kotoran dan air yang sukar untuk dibersihkan. Lama kelamaan, ia menjadi habitat kepada bakteria.

PENYELENGGARAAN YANG RUMIT DAN SUSAH
untuk memastikan permukaan counter top anda sentiasa kelihatan bersih dan cantik, penjagaan perlu dilakukan secara kerap. Sekurang-kurangnya, 1-3 tahun sekali, epoxy atau perlindungan perlu di sapu semula. Gunakan papan pemotong dan alas ketika melakukan kerja diatas permukaan countertop.

MODAL YANG TINGGI DAN MASA YANG LAMA
Tak mudah untuk menghasilkan permukaan simen render yang cantik. Ia memerlukan kepakaran. Selain itu, lapisan epoxy perlu diletakkan. Kedua-dua perkara ini melibatkan kos yang tinggi. Tambahan, untuk apstikan permukaan konkrit betul-betul mengeras sempurna, ia memerlukan masa yang lama iaitu antara 24-28 hari. Baru lah ia betul-betul kukuh

IKLAN