Laman

Pokok Dengar Lagu Jazz, 10 Tip Berkebun Nampak Macam Mengarut Tapi Mujarab

Share

Dewasa ini ramai sedar akan keperluan tanaman organik. Paling ditekankan dalam penanaman organik adalah penggunaan baja dan racun serangga. Bagi mereka yang mengusahakan kebun organik, segala apa yang mungkin untuk memastikan tanaman mereka sihat akan diusahakan selagi ia tidak melibatkan penggunaan bahan kimia.

Disini terdapat beberapa trik dan tip orang lama dalam berkebun yang amat sesuai digunakan bagi anda yang mengusahakan kebun secara organik. Kebanyakkan tip dan trik yang disenarikan hanya menggunakan bahan-bahan mudah dapat dan tidak memerlukan belanja yang banyak. Sungguhpun ada antara bahan yang digunakan najis dan kotoran, namun ia adalah baja dan racun serangga yang paling berkesan dan mujarab

1. Gunakan urin
Tahu kah anda urin anda mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi? kandungan komposisi yang terdapat di dalam urin berbeza bagi setiap orang. Namun secara asasnya, ia mempunyai nisbah NPK 11:1:2. Nitrogen yang terkandung didalam urin manusia diperakui mampu merangsang penghasilan foliar. Oleh itu, baja urin amat sesuai untuk tanaman jenis berdaun

2. Tanam sisa dapur di kebun
Tak perlu sediakan bekas khas untuk mengunpulkan sisa dapur yang hendak ditukar menjadi bahan kompos. Apa yang ada perlu lakukan, gali sebuah lubang berkedalaman 1 kaki berhampiran dengan tanaman atau atas batas dan tanamkan sisa dapur yang telah dikumpulkan. Namun hati-hati, tidak semau bahan sesuai di jadikan kompos terutamanya tulang ayam dan lembu. Permulaan, anda boleh cuba kumpulkan sisa dapur seperti sayur yang rosak, kulit bawang dan nasi.

3. Teh dari rumpai
Memang rumpai merupakan salah satu ancaman kepda tanaman. Namun ia mempunyai khasiat yang boleh dimanfaatkan oleh kebun anda. Selesai merumpai, apa kata anda longgokkan semua di dalam satu bekas yang bersisi air. Pastikan air yang diletakkan sama rata dengan jumlam rumpai. biarkan ia terdedah keapda terik mata hari untuk beberapa hari. Nitrogen yang terkandung dalam rumpai tadi akan di bebaskan ke dalam air rendaman. Siram air rendaman etrsebut terus pada tanaman manakala rumpai yang telah mula mereput tadi boleh dijadikan seabgai sungkupan di batas kebun

4. Letak cengkerang dan kulit telur
kulit telur dan cangkerang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Apabila anda meletakkan kulit cengkerang atau kulit telur yang telah dihancurkan, ia akan menjadi slow-releas fertilizer membekalkan kalsium yang amat diperlukan dalam pertumbuhan tanaman. Disamping itu juga, kulit telur dan cengkerang berupaya mempertingkatkan kadar alkali dalam tanah disamping berupaya menghindar siput dan lintah bulan perosak tanaman

5. Mainkan muzik untuk tanaman
Pernah dengar tak sahabat laman yang lain berkongsi tip berkebun salah satunya adalah dengan berborak bersama tanaman anda. Nampak macam tahyul, tak percaya cuba lah. Selain itu juga, anda boleh cuba mainkan muzik jazz. Beberapa orang pakar biologi telah membuat kajian kesan muzik terhadap tanaman mendapati pertumbuhan dan proktif pokok meningkat apabila mendengar alunan muzik teruatamanya jazz. Untuk lebih tip kebun yang pelik [klik sini] 

IKLAN