Laman

10 Tanaman TOP Ketika Tahun Baru Cina dan Maksudnya

Share

Beberapa hari lagai, masyarakat Cina bakal menyambut tahun baru. Sudah pasti, minggu ini merupakan persiapan terakhir buat mereka yang merayakannya. Mesti kita terfikir kenapa setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, mereka sibuk menghias dan memenuhkan kediaman dengan pelbagai bungaan. Menurut kepercayaan cina, bunga yang berkembang mekar membawa kekayaan dalam semua hal termasuklah harta, kesihatan dan sebagainya untuk tahun yang bakal tiba.

Sebab itulah setiap kali tiba perayaan Tahun Baru Cina, nurseri-nurseri yang menjadi tumpuan akan penuh dengan pelbagai warna bunga. Namun, setiap bunga mempunyai maksudnya yang tersendiri. Antaranya adalah:

1. Chrysanthemums
Chrysanthemum atau kekwa antra bungaan yang paling top ketika tahun baru cina. Ia membawa maksud panjang umur. Manakala kekwa yang berwarna kuning dan oren keemasan mewakili kekayaan dan kemakmuran

2. Jade plant
Tanaman sukulen yang berasal dari Utara Afrika ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi tanpa mengira masa. Ia disebabkan oleh daun yang berwarna hijau dan keras yang mewakili sifat batu jade. Tanam ini mewakili simbol kekayaan, kemakmuran dan nasib yang bagus bagi pemiliknya. Disamping itu, tanaman ini menjadi pilihan disebabkan ia tidak memerlukan penjagaan yang rumit dan hanya memerlukan siraman yang amat sedikit.

 

3. Kalanchoes
Masyarakat cina mengenali tanaman ini dengan nama Zi Qian Hong. Tanaman ini juga antara jenis yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia membawa maksud kekayaan dan kemakmuran

4. Lucky bamboo
Tanaman berdaun ini dipintal dan dilentur untuk menjadi bentuk-bentuk yang unik. Lucky bamboo dalam kepercayaan masyarakat cina membawa maksud kekuatan. Kebiasaannya, ia akan dihias dengan riben merah dan beberapa jenis ornamen yang membawa maksud kebaikan tuah kepada pemiliknya. Jumlah batang lucky bamboo yang digunakan juga membawa maksud tertentu seperti 2 sebagai ekspresi cinta dan kasih sayang, manakala 7 batang lucky bamboo simbul kepada kesihatan yang baik

5. Money plant
Juga dikenali sebagai pokok duit-duit. Tanaman ini mempunyai kebaikan kepada kesihatan kerana ia mampu menapis udara dan menyingkirkan bahan kimia seperti formaldehyde, benzene dan xylene.Sudah semestinya namanya money plant, ia membawa maksud tuah yang baik

6. Oncidium Orchid
Juga dikenali sebagai dancing lady, orkid yang mempunyai kelopak kecil ini mencerminkan siling emas yang melimpah ruah.

7. Pussy willow
Apabila kulit pussy willow mula pecah dan mengeluarkan bunganya yang menggebu, ia menunjukkan permulaan musim bunga. Kebiasaannya tanaman ini dijual dalam bentuk keratan batang. oleh itu, airnya perlu ditukar setiap 2 minggu.

8. Plum blossoms
Tanaman ini lebih sinonim dengan masyarakat cina. Walaubagaimanapun, peach blossom juga memainkan peranan yang penting terhadap budaya cina. Peach blossom adalah salah satu bunga suci kepada masyarakat cina.

9. Balung ayam
Kebiasaannya, balung ayam berwarna merah menjadi pilihan. Ia menjadi lambang kepada tuah yang baik dan simbol kepada ayam. Ayam merupakan antara haiwan yang paling bertuah bagi budaya cina

10. Celosia plume
Balung ayam adalah dari keluarga yang sama dengan Celosia plume. Tanaman ini menjadi popular bagi masyarakat cina disebabkan oleh bentuk bunganya seperti ekor burung Phoenix

IKLAN