10 Kerusi Ikonik Sepanjang Zaman Yang Diminati Ramai

Share

Kerusi memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian manusia. Ia merupakan salah satu item perabot asas yang wajib ada menghiasi sesebuah ruang. Datang dalam pelbagai variasi rupa bentuk, warna dan saiz, kerusi yang bagus dinilai bukan sahaja pada seni rekaan yang menarik malah praktikaliti dan saiz yang ergonomik juga penting agar fungsi sebenar kerusi masih dapat dikekalkan.

IMPIANA telah menyenarai pendek beberapa rekaan kerusi agung yang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Rekaan yang timeless dan elegan sudah tentunya menjadi pilihan pengguna yang memiliki kelas tersendiri.

1 .GHOST CHAIRS / PHILIPPE STARCK

Kerusi yang diinspirasikan daripada Raja Louis XVI ini telah digarap teliti oleh pereka Perancis dengan menggunakan material Polycarbonate. Kerusi klasik yang diberi sentuhan moden ini telah menjadi kegilaan ramai sejak tahun 2002.

2 .EAMES LOUNGE CHAIR

Ciptaan moden klasik yang mula diperkenalkan sekitar tahun 50-an ini menggunakan papan kayu lapis dan dikemaskan dengan sarung kulit yang menjadikannya lebih elegan dan sofistikated. Diseertakan sekali bersama ottoman sepadan, pasangan ini pasti menjanjikan keselesaan yang optimum.

3 .GRAND CONFORT / LE CORBUSIER

Item popular dikalangan modernist ini hadir dalam bentuk kiub unik, disaluti kulit dan dihiasi kemasan chrome menjadikannya salah satu kerusi ikonik yang sering kita lihat menghiasi lounge pejabat atau hotel-hotel berprestij.

 

4 .EGG CHAIR / ARNE JACOBSEN

Asalnya direka untuk sebuah hotel di Denmark, kerusi berbentuk organik ini mula diperkenalkan pada tahun 1958 dan terus mendapat perhatian penggemar seni sehingga ke hari ini. Dikatakan mengambil inspirasi daripada sebuah lagi kerusi yang terkenal, Womb Chair.

5 .WISHBONE CHAIR / HANS J. WEGNER

Merupakan kolaborasi antara perekanya dengan pembuat perabot Carl hensen dan mula dipasarkan secara komersial sejak tahun 1950. Kerusi meja makan klasik ini nampak ringkas tetapi ketelitian pembuatannya yang menjadikan item ini salah satu kerusi ikonik.

6 .THE WASSILY CHAIR / MARCEL BREUER

Dicipta pada zaman kegemilangan Bauhaus iaitu sekolah seni terkemuka di Jerman pada tahun 1920-an. Ilhamnya datang daripada badan basikal dan menggunakan fabrik Eisengarn yang bersifat kuat, tahan lama serta berkilat memberikan kerusi ini rupa yang elegan dan maskulin.

7 .TULIP CHAIR / EERO SAARINEN

Rekaan klasik industrial ini merupakan experimentasi material yang dilihat berjaya, seterusnya mengangkat kerusi ini sebagai salah satu desain yang ikonik.

8 .PANTON STACKING CHAIR / VERNER PANTON

Kerusi Panton adalah kerusi plastik berbentuk seperti huruf S dicipta oleh pereka Denmark, Verner Panton pada tahun 1960-an. Kerusi plastik pertama dengan bentuk organik dan dianggap sebagai salah satu daripada karya yang menakjubkan dalam bidang reka bentuk di Denmark.

9 .BARCELONA CHAIR / LUDWIG MIES VAN DER ROHE

Kerusi Barcelona rekaan Ludwig Mies van der Rohe dan Lilly Reich ini pada mulanya dibina untuk Pavilion Jerman di Ekspo Antarabangsa 1929, yang dihoskan oleh Barcelona. Sebuah lagi kerusi modernist yang classy dan elegan.

10 .PLATNER  ARMCHAIR / WARREN PLATNER

Pada tahun 1966, Koleksi Platner dengan reka bentuk yang lembut dan anggun ini telah mula diperkenalkan. Dibuat dari kimpalan rod keluli yang dilengkungkan dengan bingkai separuh bulat, kerusi ini boleh dijadikan kerusi meja makan ataupun kerusi tetamu. Ia bukan sahaja mempunyai struktur yang kukuh sebagai kerusi, tetapi juga sebagai item hiasan yang menarik.

IKLAN