Laman

10 Kegunaan Epsom Salt Yang Wajib Anda Tahu Dan Rugi Tak Cuba

Share

Epsom salt sebenarnya banyak kegunaan di laman atau pun kebun. Ia bukan sekadar menyihatkan tanaman malah ada lagi 13 kebaikkan tanaman di laman:

1. Maniskan buah
Tabur satu sudu epsom salt untuk setiap 1 kaki persegi kawasan kebun atau laman untuk meningkatkan kadar chlorophyll di dalam sel tanaman. Apa bila chlorophyll meningkat ia akan memudahkan proses photosynthesis, meningkatkan imuniti tanaman serta produktiviti.

2. Membantu tanaman menyerap lebih nutrien
Jika anda menggunakan epsom salt sebagai baja, tanaman anda akan menerima nutrien yang mencukupi mengikut keperluan . Ini kerana epsom salt mengandungi magnesium , nitrogen, phosphorus dan sulfur

3. Tomato berjus
Kebiasaannya, pokok tomato akan mengalami masalah kekurangan magnesium terutamanya apabila ditanam di dalam pasu. Untuk menyelesaikan masalah ini, bancuh 2 sudu epsom salt bersama 1 galon air.Semburkan sebatian ini pada keseluruhan tanaman termasuk permukaan tanah setiap 2 minggu sekali.

4. Menstabilkan tanaman selepas transplant
Setiap kali proses pemindahan tanaman atau transplant, ia akan berada dalam keadaan lemah. Oleh itu, ia akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Untuk mempercepatkan proses pemulihan tersebut, taburkan satu sudu epsom salt pada medium tanaman di sekitar pokok dan tutupkan permukaan garam tersebut dengan tanah sekali lagi.

5. Elak daun kuning
Antara punca daun menjadi kuning adalah disebabkan oleh masalah kekurangan magnesium. Magnesium merupakan salah satu komponen yang diperlukan untuk membentuk chlorophyll. Untuk atasi masalah ini, taburkan epsom salt pada pangkal tanaman 1 sudu bagi setiap 12 inci ketinggian keseluruhan tanaman. Lakukannya 1 bulan sekali sehingga daun bertukar menjadi hijau

6. Elak daun kerinting
Antara punca daun kerinting adalah disebabkan kekurangan magnesium. untuk atasi masalah ini, larutkan 2 sudu besar epsom salt di dalam 1 gelen air dan semburkan terus pada daun

7. Meningkat hasil cili
Taburkan satu sudu besar epsom salt pada pokok cili setiap minggu. Ia dapat membantu mempertingkatkan hasil cili

8. Ros berkembang mekar
Penggunaan epsom salt sebagai baja pada pokok ros setiap minggu berupaya menggalakkan penghasilan kudup bunga dan ros yang berkembang mekar di laman.

9. Mengawal dan memusnahkan rumpai


Selain menggunakan racun rumpai, anda boleh gunakan epsom salt. Larutkan 1 liter cuka bersama 2 sudu besar cecair pencuci pinggan dan 4 sudu epsom salt. Kacau rata dan semburkan pada rumpai

10. Menyihatkan tanaman berpasu
Tanaman berpasu mudah dan cepat mengalami masalah kekurangan magnesium berbanding yang ditanam terus pada tanah. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini larutkan 2 sudu besar epsom salt bersama 1 galon air. Siram tanaman berpasu dengan larutan tadi sebulan sekali.

IKLAN