10 Cara Baiki Sofa Koyak Yang Paling Mudah Dan Murah

Share

Alamak, sofa terkoyak. Sakitnya mata tengok. Tapi tak pe lah kecil lagi, tampal dengan duct tape.

Ramai mengambil penyelesaian mudah ini kan? sedangkan banyak lagi cara dan kaedah mudah yang nampak lebih cantik dan menarik. Kalau pakai duct tape tadi, koyak atau lubang yang kecil pun boleh jadi besar.

Nak hantar tukar sarung sofa, harganya pulak boleh tahan juga. Tambahan pulak yang rosak tue sikit sahaja. Jadi, bagi menyelamatkan poket anda, Boleh cuba 10 langkah mudah ini bagi menutupi sofa yang koyak atau berlubang.

 

1. Tampal bunga kait di atas tempat yang koyak

2. Cantuman kain perca berbentuk hexagon

3. Guna fabrik bercorak yang sepadan untuk digantikan pada sofa arm

kesan dicakar kucing

4. Buat tenunan artistik menggunakan benang cross stitch pada bahagian yang koyak

5. Jahit doilies pada tempat yang koyak

6. Sediakan kait konsep granny square untuk tutup bahagian atas sofa arm yang rosak

7. Gantikan bahagian sofa arm yang rosak dengan menggunakan PU leather dan dilekatkan dengan paku kraf

8. Buat kolaj bunga dari kain perca

9. Beli kepingan sulam yang telah siap dan tampalkan pada sofa

10. Paling mudah, jahit kain mengikut saiz sofa arm dan tutup sahaja tempat yang koyak

Sumber: http://www.amazinginteriordesign.com

IKLAN