
Bukan semua orang ada keberanian untuk memilih sofa atau tempat duduk di ruang tamu dengan warna-warna yang terang seperti merah, biru atau ungu. Bukan sahaja takut ruang tampak sesak malah bimbang tidak berpadanan andatara satu sama lain. Jadi IMPIANA kongsikan gaya ruang tamu yang di hiasi dengan sofa rona terang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dekor Minimalis Rumah Bujang Siap Bina Dalam Masa 4 Bulan

Impian membina atau memiliki rumah sendiri sentiasa menjadi impian warga muda pada hari ini. Sebagai contoh seorang pereka Web, Muhammad Zaim Jemain yang menetap di Sg Kandis, Klang berjaya memiliki rumahnya sendiri dalam masa 4 bulan.
“Saya mengambil masa selama 7 tahun untuk menyimpan duit membina mahligai kecil ini”, ujarnya yang turut membelanjakan sebanyak RM5000 untuk kos dekorasi dalaman rumahnya dan kos membina kediaman ini adalah RM105,000.

Tambahnya lagi, rumah ini berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan keluasan 1000 kaki persegi, manakala untuk tema hiasan, dia memilih moden minimalis kerana masih lagi muda dan mahu rumah ini nampak ringkas dan tidak serabut. Selain itu, dia amat gembira untuk menetap di kediaman ini walaupun belum berkahwin tetapi amat bersyukur kerana impiannya untuk memiliki rumah sendiri termakbul sebelum mencecah usia 30 tahun.

Selain itu, dia juga selalu membuat rujukan di laman group dekorasi yang di facebook dengan menumpukan posting tentang tema kegemarannya.
Penulis amat menyukai susun atur perabotnya yang mencerminkan kehidupan seorang lelaki yang masih lagi single dan bekerjaya. Pada masa yang sama, dia menggunakan paduan warna kelabu, putih dan hitam sebagai tona pilihan untuk mewarnai mahligai miliknya.
Ikuti perkongsian kompilasi gambar kediamannya agar ia menjadi inspirasi buat pembaca lain.








Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
(GAMBAR) Perabot Ringkas, Tapi Dekor Nampak Mewah. Ini Sebabnya

Rona putih adalah warna selamat serta ringkas dalam menghasilkan sesuatu dekorasi dan ia juga nampak mewah. Namun, bagi keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil dan aktif. Ini antara warna yang akan dielakkan. Ini kerana, si kecil cenderung menghasilkan lakaran seni di dinding.
Namun, bagi peminat dekorasi scandinavian, warna putih antara asas utama yang perlu disediakan untuk memastikan konsep yang dipilih menjadi. Hal ini menjadi asas kepada dekorasi homestay milik Pn Azean Yusof.
Beliau memilih tema scandinavian serta menyukai susun atur perabot yang nampak minimalist. Menurut pemilik Duplex Condominium ini, rumah ini pada asalnya merupakan rumah pertama yang dibelinya di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di Jalan Ampang. Ia berkeluasan 1900 kaki persegi dan dilengkapi 3 bilik tidur +1 bilik air bersambung dan bilik powder.


Penulis amat menyukai susun atur perabotnya yang simple dan tidak serabut serta amat serasi dengan ciri-ciri scandinavia yang mementingkan kesederhanaan dalam hiasan rumah. Walaupun mempunyai bukaan tingkap yang besar, tetapi penggunaan
Pada masa yang sama pilihan warna putih akan mengoptimumkan lagi cahaya didalam rumah walaupun kediaman ini mempunyai full glass facade bersaiz besar.
Kalau tanya penulis, memang sangat setuju dan suka dengan dekor yang ditampilkan. Simple tetapi nampak mewah.
Ikuti susunan kompilasi gambar yang telah disediakan untuk tatapan pembaca lain agar menjadi inspirasi kita bersama.





Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah Kayu Pusaka Terapkan Konsep Moden, Tengok lah Hasilnya

Tema moden klasik amat sesuai untuk ditatarias dengan kediaman yang mempunyai struktur kayu. Walaupun ianya lama, itu tidak bermaksud tidak sesuai, tetapi untuk konsep deko kita boleh menambah sedikit suntikan elemen moden hiasan dalaman.
“Saya sangat menyukai konsep hiasan yang ringkas, menarik serta menjimatkan ruang, tetapi masa yang sama kami mengekalkan senibina asal berasaskan kayu serta binaan tradisional Negeri Terengganu”, ujar pemilik kediaman Pn Eliey Zakaria.
Kediaman yang berkeluasan 1250 Sqft terletak di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu ini adalah rumah pusaka yang dibina oleh Allahyarham bapa mertua pemilik yang juga merupakan penjawat awam yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Jumlah kos dekorasi kediaman ini adalah sebanyak RM12K. IA melibatkan pembelian barangan serta aksesori daripada kedai perabot dan hiasan terkenal serta ada juga yang diimport daripada Bandung, Indonesia. Keseluruhan dekorasi mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan”, jelas ibu kepada 4 orang anak ini.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa segala hasil deko ini merupakan cetusan idea yang diilhamkan bersama pasangan ini. Walaupun mempunyai 4 orang cahaya mata yang masih kecil, mereka akan sentiasa memastikan anak-anaknya untuk sentiasa menyimpan kembali set permainan masing-masing dan tidak membiarkan ianya bersepah. Malahan menjadi rutin pasangan ini setiap 2 minggu sekalinuntuk melakukan tugas mengemas secara mejor.
Berikut adalah antara paparan gambar cetusan idea Pn Eliey Zakaria untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA agar ianya bermanfaat kepada anda semua, Selamat Mendeko!!
Luaran


Dalaman








Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di











