Dapur gas antara peralatan di dapur yang wajib dijaga dengan baik untuk memastikan ia dapat digunakan dalam tempoh yang lama. Bukan sekadar tungkunya perlu dijaga, permukaan struktur dapur gas pun penting. Ia bagi memastikan makanan yang disedikan sentiasa dalam keadaan bersih.


Menjadi rutin selesai memasak, dapur perlu dilap. Paling tidak dengan air sabun bagi menanggalkan kesan-kesan minyak yang melekat. Jika dibiarkan tanpa dibersihkan selesai masak, kemungkinan permukaan dapur gas cepat berkarat dan rosak.


Tapi, dalam sebulan sekali pembersihan Dapur gas secara total pun perlu dilakukan bagi menanggalkan kotoran-kotoran degil terutamanya pada bahagian berhampiran dengan tungku. Bahagian ini, jika dilakukan cucian harian pun masih sukar untuk menanggalkan kotoran kesan masakkan yang tela hmengering. Tak perlu sentalan mahupun bahan-bahan pencuci yang mahal. Hanya cuka dan baking soda sahaja.

IKLAN

Artikel berkaitan:
Kos Bawah RM550, Idea Praktikal Hias Dapur Sempit Dengan Counter Table

IKLAN

1. Tanggalkan bahagian pelapik tungku dapur gas 
2. Bersihkan kotoran yang mudah ditanggalkan terlebih dahulu dengan kain pada permukaan dapur gas
3. Semburkan cuka pada keseluruhan permukaan dapur gas dan letkkan tisu. lakukan beberapa lapisan dan setiap lapisan disembur lagi dengan cuka. biarkan 1 jam
4. Tanggalkan semua lapisan tisu yang yang menutupi dapur gas dan lap sampai kering
5. Taburkan baking soda pada keseluruhan permukaan dapur gas
6. Semburkan cuka lagi dan gosok dengan span atau berus lembut seperti berus gigi sehingga segala kotoran tertanggal
7. Lapkan dengan kain bersih sehingga betul-betul kering dan pasangkan semula alas tungku

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=qxudkaRXBZQ

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI