Nama pemilik: Pakcik Kasbin
Lokasi: Sungai buloh
Jenis kediaman: Rumah kampung jenis batu
Konsep: Moden kontemporari

Episod 3 rancangan TV Impiana yang bersiaran pada 4/9/2018 memaparkan tranformasi kediaman kampung jenis batu milik seorang atuk yang terletak di Sungai Buloh. Rumah yang terletak di kawasan desa ini menjadi kediaman buat Pakcik Kasbin bersama beberapa orang anak dan cucunya.

Segala penyediaan yang terdapat di dalam kediaman ini hanya pada asas keperluanya sahaja. Memandangkan penghuni nya ramai dan cucu yang sedang membesar, ia antara penghalang kediaman ini tidak ditata hias indah. Namun, ada sekelumit menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kediaman bukan lah yang mewah tetapi selesa buat mereka seisi keluarga.

Menunaikan hasrat si pemilik, Team IMPIANA membuat kunjungan untuk mengenali dan memahami keperluan isi rumah ini. Namun, sudha pastinya kekangan bajet menjadi isu utama bagi kami. Lantaran, idea bijak dicurah oleh pereka dalaman yang telah dilantik iaitu IDW.

Renovasi lebih tertumpu kepada kemasan lantai, langsir, cat dan pencahayaan. Hal ini kerana ada sebahagian besar perabot yang tersedia tidak dibenarkan untuk di tukar kerana mempunyai sentimental value kepada pemilik antaranya kerusi kayu dan meja.

Selesai perbincangan, kontraktor memajukan kerja ubah suai dengan mengosongkan barang yang terdapat di dalam ruang yang hendak di ubahsuai. Pilihan rona cat putih dan biru cair mendominasi kediaman ini. Namun perinciannya, pereka telah menggunakan paintscoting menggantikan wainscoting. Hanya dengan menggunkan warna yang kontra, bingkai painscoting dibentuk secara teliti. Dengan penggunaan corak paintscoting ini, dekorasi yang cuba dizahirkan menampilkan palitan gaya mewah

IMPIANA EP. 3: TIP 2 (Painscoting)

Tengah in pasal wainscoting. Selain menggunkan wainscoting, kalau nak lebih jimat dan mudah, boleh hasilkan bingkai seakan wainscoting hanya dengan menggunakan cat

Posted by Impiana on Tuesday, 4 September 2018

Asalnya, lantai kediaman ini menggunkan tikar getah yang kurang menarik coraknya dan telah kelihatan kusam. Untuk memberi nafas baru pada lantai tersebut, pereka telah memilih tikar getah dengan corak kayu berwarna gelap untuk membangkitkan keseluruhan dekorasi. Tapi, untuk bentang tikar getah ini, ia sidikit mencabar jika tidak kena caranya. masalah utama adalah permukaanya yang tidak rata. Nak elak masalah ini berlaku, WAJIB hadam tip pemasangan tikar getah [klik sini untuk artikel lengkap tip pemasangan tikar getah]

IMPIANA EP.3: TIP 1 (Penggunaan tikar getah sebagai flooring)

Sekarang, ramai beranggapan penggunaan tikar getah tak "up to date" sebenarnya, penggunaan tikar getah lebih cantik dan kemas kalau pandai pilih. Ini tipnya #impianatv #majalahimpiana #dekorimpiana

Posted by Impiana on Monday, 3 September 2018

Sebelum ini, ruang kediaman pemilik sedikit suram disebabkan kurangnya pencahayaan semulajadi, hanya bergantung kepada lampu kalimantang yang menerangi terutamanya di ruang tempat makan. Pereka telah memilih lampu chandelier yang disokong dengan pengamatan cahaya daripada track light untuk menyerlahkan lagi dekorasi di ruang ini.

Memandangkan pemilik mempunyai cucu yang ramai dan kebanyakkanya bersekolah, bagi mengelak beg mereka di letakkan secara bersepah, pereka tealh menyediakan tempat menyangkut bag. Dan susunannya mengikut ketinggian cucunya di mana yang paling tinggi bagnya terletak di atas dan sebaliknya. Kaedah ini diberi nama Anthropometric. 

Seperti yang telah dinyatakan dari awal, penggunaan perabut masih menggunkan apa yang telah tersedia. Hanya penambahan meja kopi dan sofa ringkas melengkap ruang tamu si pemilik. Meja makan pun menggunkan meja yang lama, hanya di buang alas meja nya untuk menyerlahkan tekstur kayunya.

Melihat kediaman yang telah siap di ubah suai ini di harap dapat menjadi kepsul pengubat minda pemilik di usia emas. Walupun tidak pernah terfikir memiliki sebuah teratak yang indah buat sebuah keluarga yang besar, setidaknya pemilik pernah menyimpan hasrat dan ia telah direalisasikan oleh TEAM IMPIANA

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: