- PALITAN WARNA BARU
Bosan dengan suasana ruang kediaman anda, inilah masa terbaik untuk anda bermain dengan warna. Tukar langsir dengan warna cerah dan tukar warna sarung kusyen bagi mencetus suasana segar, harmoni dan tidak keterlaluan.
- ALIHKAN AKSESORI LAMA
Aksesori yang pelbagai akan membuat hiasana kediaman anda kelihatan sarat. Oleh itu, simpan atau jualkan aksesori lama dan gantikan dengan aksesori baru yang lebih moden dan minimalis mengikut konsep kediaman anda. Kediaman anda pasti akan kelihatan sentiasa dipenuhi dengan item menarik.
- KEHADIRAN ELEMEN LUAR
Letakkan sedikit sentuhan natural ke dalam kediaman anda dengan dekorasi bunga-bunga segar, ranting kayu atau buah-buahan. Walaupun dengan sentuhan kecil dari luar, ia akan mengingatkan anda suasana sentiasa berubah dan memberi kesegaran kepada anda.
- NAIKKAN KARYA SENI
Gantikan beberapa lukisan atau gambar pada dinding bagi mewujudkan suasan harmoni. Fikirkan rona cerah, landskap segar dan natural.
- TUKAR FUNGSI PERABOT
Anda boleh menukar fungsi asal perabot bagi menampakkan ia sebagai idea baru dan unik. Sebagai contoh, anda tukarkan kegunaan rak buku kepada rak tuala dan tempatkan ia di bilik air.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Musnahkan Kemitetep, Elak Kene Gigit Dan Rosakkan Pakaian
Musim lembab, hujan setiap hari di beberapa kawasan mungkin antara punca atau musim pembiakkan serangga berkepompom yang terkenal dengan nama kemitetep atau dust warm ini.
Banyak posting berkaitan serangga perosak ni yang IMPIANA baca dan kebanyakkanya tak tahu bahawa serangga ni antara ancaman perosak di dalam rumah. Yatie Eimra berkongsi perinci mengenai serangga ini dan cara mengawalnya
Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu. Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni juga memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.
Ulat habuk ni makan sawang labah-labah, rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil dan juga fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit.
Hapuskan Ulat Kemitetep Dalam Almari Pakaian
Kalau kupu-kupu bertelur dalam almari memang leceh sangat. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.
- Keluarkan semua pakaian dari almari.
- Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur disitu. (Kupu-kupu biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby ulat dapat makan dengan cukup).
- Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU
- Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurangnya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu.
- Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur-telur serangga & hama.
- Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat atau bahan penyahlembapan.
- Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.
Hapuskan Ulat Kemitetep Bawah Katil
- Cabut semua cadar & sarung bantal.
- Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaiknya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.
- Vakum tilam & bersihkan bawah katil.
- Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.
- Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.
Kawal Ulat Kemitetep Dalam Rumah
Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu-kupu takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi. Cumanya kena kerap
- Bersihkan habuk & sawang
- Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
Bersihkan almari & katil secara berkala - Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah trek pintu/tingkap sliding.
- Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.
Harap-harap sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk atau kemetetep tu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Kegunaan Uncang Teh Terpakai Yang Masih Ramai Tak Tahu, Contoh Terbaik Nombor 8 Tu!
Jika anda seorang penggemar teh, pasti sudah sedia maklum dengan kebaikan meminum teh. Tetapi tahukah anda, uncang teh yang telah dipakai juga mempunyai kegunaannya yang tersendiri.
Jadi, jangan buang dulu uncang tersebut! Terdapat banyak lagi kegunaannya yang bermanfaat untuk anda sekeluarga.
1. Menghilangkan bau kaki
Letakkan uncang teh terpakai kedalam baldi berisi air suam kemudian rendam kaki selama 15 minit. Selepas itu, bilas dan bersihkan kaki anda.
2. Mengurangkan “eye bag”
Rendam uncang yang dah diguna ke dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika tidur.
3. Hapuskan bau tidak menyenangkan
Bau peti sejuk kadang-kadang boleh buat kita sesak nafas jadi ambil uncang teh dan letakkan saja di dalampeti sejuk.
4. Atasi masalah jerawat
Gosok kan perlahan-lahan uncang teh yang telah digunakan pada muka dan kawasan yang berjerawat.
5. Mencuci peralatan
Rendam peralatan dapur dengan kotoran degil dalam air panas bersama uncang teh. Biarkan beberapa ketika sebelum mencuci seperti biasa.
6. Menjadi baja tanaman
Hampas teh sangat berguna untuk tanaman. Ia bertindak sebagai baja organik sekaligus menyuburkan lagi tanaman anda.
7. Hilangkan “sunburn”
Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.
8. Pembersih permaidani
Gunakan hampas atau sebuk teh yang sudah dikeringkan dan tabur pada permaidani 15 minit sebelum divakum. Bau hapak permaidani pasti akan hilang!
9. Hilangkan kesan minyak
Sental uncang teh pada sekeliling sinki yang berminyak selepas mencuci pinggan mangkuk.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cadula Memperkenalkan Kabinet Dapur Modular Yang Bergaya, Selamat dan Mudah Dipasang
Masih ramai yang tercari-cari rekabentuk kabinet yang cantik, mudah dipasang dan selamat untuk penggunaan. IMPIANA tertarik dengan teknologi CADULA ini. Jom lihat apa kelebihan kabinet ini.
● Kabinet dapur modular sesuai untuk rumah bandar kerana struktur yang fleksibel, keberkesanan kos dan pemasangan yang mudah
● Koleksi baharu Cadula hadir dalam tiga warna pastel yang mempunyai beberapa pilihan reka bentuk; mengekalkan kepakaran mereka menggunakan bahan kayu bukan toksik
Set kabinet shaker modular baharu Cadula dalam Moss Green, reka bentuk pintu lalai
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2022 – Jenama kabinet modular, Cadula telah mengeluarkan set kabinet dapur gaya shaker modular terbarunya yang direka dengan sempurna untuk ruang yang padat. Tersedia dalam tiga warna pastel yang lembut dan menenangkan, koleksi ini meraikan gabungan alam semula jadi dalam rumah bandar — menggabungkan bahan kayu bukan toksik dengan konsep modular yang membolehkan pemilik rumah memiliki fleksibiliti penuh untuk menyesuaikan ruang kediaman mereka dan menghidupkan rumah impian mereka.
Rumah yang lebih kecil menjadi kegemaran golongan milenium dan Gen Z yang memilih untuk hidup berdikari di kawasan bandar. Mereka memilih untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil, seperti unit pangsapuri studio, untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang gangguan serta proses penemuan diri.
Dengan peningkatan minat untuk rumah yang lebih kecil dan lebih mudah diurus, kabinet tetap tradisional (yang kebiasaannya bersaiz besar dan tidak praktikal) semakin ketinggalan zaman untuk rumah moden dengan keluasan ruang yang lebih kecil. Dengan mengambil kira perkara ini,
kabinet dapur modular Cadula direka khas untuk memenuhi jangkaan pemilik rumah muda: ianya moden, bergaya, ringkas dan yang paling penting – mudah serta menjimatkan kos!
Mengulas mengenai populariti rumah bersaiz kecil yang semakin meningkat ini, Samantha Lau, Pengasas Bersama Kabinet Cadula, berkongsi, “Generasi penduduk bandar sekarang menginginkan ruang kecil yang mudah diurus dan selesa untuk didiami. Kami percaya bahawa ruang yang kecil turut berhak mendapat perhatian yang sewajarnya! Melalui barisan kabinet modular mampu milik Cadula yang semakin berkembang, kami berharap dapat memberi pemilik rumah ini pengalaman interaktif yang menyeronokkan dan kebebasan kreatif untuk menghidupkan suasana kediaman mereka dengan ruang simpanan yang bukan sahaja bergaya dan moden, tetapi juga bersifat praktikal. Kami juga ingin mengurangkan manual arahan yang rumit dan menjadikannya mudah untuk dipasang.”\
Kabinet modular mula mendapat perhatian semasa ledakan perumahan pada awal 1970-an. Dengan fungsi serba boleh, kabinet modular direka khas untuk melengkapi dan mengadaptasi dengan perubahan gaya hidup di bandar. Diinspirasikan oleh konsep set blok bangunan, kabinet modular terdiri daripada unit prabuatan berasingan yang setiap satunya boleh dipasang dengan mudah, ditanggalkan dan disusun semula agar sesuai dengan kawasan yang sempit. Sifatnya yang fleksibel bukan sahaja menjadikan gaya kabinet ini sesuai untuk isi rumah yang lebih kecil, tetapi juga sesuai untuk penyewa yang mungkin perlu membawa perabot bersama-sama mereka apabila berpindah.
Selain penyelenggaraan yang rendah dan mudah dibersihkan, sistem kabinet modular yang boleh dilipat membolehkannya digunakan dalam pelbagai ruang di luar dapur. Sebagai contoh, kaunter dapur daripada set kabinet modular Cadula juga boleh ditukar kepada meja sisi katil di bilik tidur atau table top — ia sekaligus menambah nilai fungsian pada pembelian tunggal dan membawa unsur keseronokan ke dalam perancangan perabot.
Mesra alam dan serba boleh: Memperkenalkan koleksi terbaru Cadula
Koleksi baharu Cadula terdiri daripada siri gaya pintu shaker yang pastinya membawa aura tenang semasa di dapur, dengan pilihan tiga warna pastel tona sejuk: Green Moss, Pebble Grey dan Blanche White. Warna-warna neutral ini menjadikannya mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna dinding, menambahkan ciri serba boleh untuk idea reka bentuk dalaman.
Koleksi ini juga terdapat dalam dua pilihan reka bentuk. Yang pertama adalah konsep selesa dan kedesaan (rustic), menampilkan panel tengah rata gaya minimalis dengan bentuk segi empat sama di bahagian tepi dan pintu jenis shaker. Sementara itu, pilihan kedua ialah gabungan moden pintu shaker dan panel kaca yang lut sinar. Kedua-dua reka bentuk ini datang dengan pilihan laci yang dipasang di bahagian bawah kabinet. Semua pintu kabinet dilengkapi dengan tombol pintu logam bercirikan kedesaan yang memberikan cengkaman selesa.
Untuk mencapai kemasan sempurna bagi semua kabinet pintu shakernya, Cadula menggunakan papan kayu melamin khusus bersama-sama dengan teknologi ketepatan berpaten bagi membolehkan pembuatan yang lebih konsisten dengan menekankan kualiti kayu.
(Mengikut arah jam dari atas) 3 warna berbeza koleksi baharu Cadula: Pebble Grey, Blanche White, dan Moss Green; pilihan reka bentuk dengan panel kaca
Sebagai jenama yang menekankan kehidupan yang lebih sihat, kabinet modular Cadula dihasilkan sepenuhnya daripada kayu khusus yang tidak toksik dan kandungan formaldehid yang rendah, satu bentuk alergen yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang dengan pendedahan dalam jangka panjang. Pemilihan kayu sebegini adalah untuk memastikan udara di rumah kekal bebas daripada toksin, sekaligus melambangkan etos jenama Cadula: mengharmonikan rumah impian dengan persekitaran mesra alam.
“Kami telah menerima beberapa pelanggan yang bertanyakan tentang penyebab alahan kepada kulit dan hidung yang mereka alami di rumah. Ramai yang menganggap perkara ini disebabkan oleh barangan perabot lama, tetapi yang sebenarnya ialah ia mungkin datang daripada kabinet komersial, yang kebanyakannya mengandungi kandungan formaldehid yang tinggi. Bagi kami, rumah sepatutnya menjadi satu ruang untuk seseorang individu berehat dengan rasa selamat, walaupun daripada segala toksin yang tidak kelihatan. Inilah sebab mengapa Cadula komited untuk memperjuangkan rumah yang lebih hijau dan sihat dengan 100% bahan kayu mesra alam,” tambah Samantha.
Untuk maklumat lanjut mengenai Cadula, sila layari: https://mkacabinet.com/cadula/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI