Bilik mandi, bilik air atau tandas; adalah sebuah ruang yang wajib ada dalam setiap kediaman. Sama seperti ruang-ruang yang lain, kebersihan bilik air juga perlu dijaga dan perlu sering di teliti agar ia selesa untuk digunakan bukan saja untuk tuan rumah tetapi juga buat tetamu yang berkunjung.

Kegagalan untuk mengekalkan kebersihan bilik air boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan juga boleh menjadi punca bagi pelbagai penyakit. Kerana disinilah banyak kuman dan bakteria yang tidak kelihatan oleh mata kasar membiak.

Oleh itu, disini IMPIANA ingin kongsikan beberapa tip untuk kita sama-sama menjaga dan mengekalkan kebersihan bilik air di rumah.

#1 TUTUP MANGKUK TANDAS
Ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. Tabiat tidak menutup penutup mangkuk tandas menyebabkan partikel air dari proses flush akan terpercik keluar dari mangkuk dan terkena pada bahagian-bahagian lain dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya. Jadi, biasakan tutup penutup mangkuk tandas anda selepas digunakan.

#2 PENYIMPANAN BERUS GIGI
Mungkin kita selalu guna kaedah menyimpan berus gigi dalam bekas yang tertutup untuk menghindari dari tercemar dengan bakteria kan? Sebenarnya, berus gigi yang telah digunakan dan masih basah disimpan terus didalam bekas tertutup lebih menggalakkan pembiakan bakteria dan kawasan yang lembab merupakan habitat terbaik pembiakkan bakteria.

#3 JAUHKAN ALAT SOLEK DARI BIIK AIR
Memang mudah untuk bersolek jika barang make up disimpan didalam bilik air, tetapi sebenarnya amat tak sesuai untuk meletakkan barang seperti lipstik atau pemerah pipi di bilik air. Kondisi bilik air yang lembab akan menggalakkan pembiakkan bakteria pada barang make up walaupun disimpan di dalam bekas tertutup dan sekaligus menyebabkan barangan tersebut mudah rosak.

#4 TUKAR SPAN/BERUS BADAN SETIAP 3-4 MINGGU
Lagi kerap anda guna, lagi perlu untuk gantikan yang baru. Ini disebabkan tekstur penyental yang berserabut terutamanya yang diperbuat dari serat petola menjadi habitat sempurna bagi bakteria.

#5 SIDAI TUALA DENGAN BETUL
Good “rule of thumb” tuala perlu dicuci atau ganti setiap lepas 3 kali digunakan. Itu pun jika anda sidai selepas menggunakannya. Tapi, jika sekadar sangkut atau gantung tuala, kondisinya yang lembap akan menggalakkan pembiakan bakteria dan sebab itu jugalah tuala mudah bertahi lalat.

#6 PENGUDARAAN
Pastikan tingkap sentiasa dibuka agar dapat mengurangkan kadar kelembapan didalam bilik air dengan kadar segera.

Selamat mencuba!