Ramai yang suka kan tema dekorasi hitam dan putih atau monokrom. Tapi ramai yang membuat kesilapan apabila gagal mengimbangi pengunaan kedua-dua warna ini. Apabila rona hitam terlalu mendominasi, ia akan menyebabkan ruang kediaman anda kelihatan kelam, kusam dan gelap. Hal ini sangat bahaya bagi anda yang mempunyai ruang yang kecil. Ruang sedia kecil akan kelihatan lebih sempit apabila rona hitam mendominasi dekorasi. Namun, apabila penggunaan rona putih lebih banyak, ia bukan lah satu masalah besar. Hanya konsep atau tema monokrom yang cuba dibawa tidak terlalu menonjol. Jadi, bagi memastikan tema monokrom yang cuba di zahirkan berjaya. Ini antara tip yang boleh menjadi panduan anda:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Mudah Je Nak Tukar “Stop Cork” Yang Rosak, Tak Perlu Upah Kontraktor
Air dekat stop cork meleleh je. Itu mungkin tanda getah di dalam stop cork dah rosak. Macam mana pula kalau pemulas patah? Tapi, macam mana nak tuka? perlu ke panggil kontraktor semata-mata nak tukar getah stop cork atau ganti yang baru?
Ijoy Rudies berkongsi cara untuk tukar stop cork di chenal Youtube. Mudah je rupanya. Jom kita lihat video yang disediakan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Cara Gantung Bingkai Gambar Pada Dinding
Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.
Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place.
Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!
#1 SPIRALMulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
#2 CENTEREDIni susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
#3 OUTER ALIGNAnda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
#4 REFLECTIONTidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
#5 STAIRCASESedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
#6 NINE-SQUARE
Jangan pandang rendah pada susunan simple ini. Walaupun nampak mudah, susunan inilah yang dapat memberi impak lebih besar pada sesuatu ruang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Keperluan Rumah Buat Pasangan Baru Kahwin Dengan Bajet RM3K!
Seronoknya mulakan kehidupan berumahtangga. Namun dalam memulakan hidup berdua, ada beberapa keperluan asas yang perlu ada agar kerja-kerja rumah dan lain-lain lancar lagi terurus. Jadi wang hantaran tu jangan dibazirkan, tetapi digunakan untuk keperluan anda juga. Jika bajet anda tidak cukup, cari sahaja peralatan terpakai yang masih dalam keadaan yang baik dan masih elok.
1. Dapur – Ruang yang dianggap nadi bagi sesebuah kediaman ini merupakan kawasan yang paling banyak akan menggunakan belanja. Pastikan anda memiliki dapur mudah alih, gas atau elektrik. Tidak perlu terlalu besar asalkan ia cukup untuk menyediakan juadah bagi dua orang atau tiga.
2. Tilam – Tilam antara barang yang sangat penting untuk kediaman baru anda. Jika anda telah beli dengan set katil, pastikan tilam anda cukup berkualiti kerana ia perlu di pakai maksima 10 -15 tahun. Tilam saiz queen atau king ya!
3. Peti Sejuk – Jangan menidakkan kemampuan anda berbelanja barangan dapur hanya kerana anda baru kahwin. Peti sejuk kecil satu pintu dilihat amali. Namun jika anda yang jenis gemar membeli barangan dapur, carilah peti sejuk terpakai yang lebih besar dengan harga mampu milik.
4. Mesin Basuh – Dapatkan mesin basuh yang berkualiti dan tahan lasak. Anda jangan lupa selain pakaian anda, mesin basuh juga bakal mencuci keperluan anak isterinya.Segala cadar , sarung bantal, kain baju lampin sewajarnya mampu di cuci dalam masa yang pantas.
4. Set Pinggan dan Mangkuk – Ringkas tapi penting. Pinggan mungkin anda dapat sebagai hadiah perkahwinan tetapi keperluan lain seperti mangkuk lauk, nasi dan senduk atau spatula juga diperlukan. Tidak perlu berjenama mewah, cari sahaja di kedai RM2 yang cantik lagi menjimatkan.
5. Set Kerusi – Jika anda bercadang membeli sofa, pastikan anda membeli sofa utama dahulu. Dari situ and boleh mengembangkan idea tatarias kediaman dengan menggandingkan kerusi yang lain. Jika terlalu mahal, beli sahaja permaidani dahulu bersama bantal-bantal kecil yang selesa.
6. Televisyen – Sesuaikan dengan bajet dan kemampuan anda serta pasangan. Jangan lupa juga dapatkan kebinet televisyen sebagai menempatkan segala kelengkapan menonton anda.
7. Papan Sterika – Anda mungkin mendapat sterika sebagai hadiah perkahwinan. Jadi jangan lupa membeli papan sterika bagi memudahkan kerja-kerja menggosok anda.
Andai terdapat barangan elektrik atau apa-apa barangan yang sama sebagai hadiah perkahwinan, tidak perlu rasa serba salah untuk menjualkan sahaja barang tersebut. Selain untuk mengurangkan barang-barang dirumah, anda juga dapat duit lebih 🙂
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI