Kita semua pasti pernah menghadapi situasi di mana tetamu datang secara mengejut dan tiba-tiba tanpa memberitahu tuan rumah lebih awal. Sehinggakan tak cukup masa nak mengemas dan bersihkan kediaman untuk menyambut tetamu.
Tapi anda jangan risau, kali ini IMPIANA ingin kongsikan cara mudah untuk anda bersihkan rumah dalam masa 15 minit sahaja!

Anda perlukan :

  1. Pembersih Vakum
  2. Getah Penyeka
  3. Pembersih Pelbagai Guna
  4. Cecair Pembersih Tandas
  5. Berus Tandas
  6. Surat Khabar Lama
  7. Span
  8. Penyapu Berus

Dalam situasi begini, adalah menjadi satu kelebihan jika anda mempunyai ruang penstoran khas untuk kesemua alatan pembersihan. Proses pembersihan akan lebih mudah dan tentunya cepat kerana anda sudah tahu dimana letaknya alat-alat yang diperlukan tanpa perlu membuang masa.

Langkah-langkah :

  1. Vakum kawasan kering (2 MINIT)
    Sedut segala kotoran dan habuk dibawah atau dicelah sofa, meja kopi, almari, sinki dan juga alas kaki.
  2. Gunakan span untuk bersihkan permukaan jubin, sinki dan kawasan tandas (5 MINIT)
    Lakukan dalam gerakan ‘circular’ atau secara putaran untuk menghilangkan daki atau lumut pada celah-celah jubin.
  3. Berus lantai (2 MINIT)
    Kerja ini lebih mudah untuk dilakukan jika anda mempunyai berus dengan batang yang panjang bagi mengelakkan sakit belakang.
  4. Bersih dan kilatkan cermin (2 MINIT)
    Semburkan cecair pelbagai fungsi dan gosok dalam pergerakan berputar menggunakan surat khabar lama.
  5. Cuci mangkuk tandas (1 MINIT)
    Tiada siapa sukakan mangkuk tandas yang kotor! Tuangkan pembersih tandas dan berus mangkuk tandas sebelum anda ‘flush’ kan nya supaya kelihatan lebih bersinar.
  6. Sembur air pada semua permukaan di tandas (1 MINIT)
    Dengan pancutan deras, halakan hos pada sekeliling tandas yang telah anda cuci untuk jimatkan masa.
  7. Seka dan mop air (2 MINIT)
    Ambil getah penyeka dan tarik air masuk ke ‘floor trap’ agar lantai tidak terlalu licin untuk tetamu. Mop dan gantikan alas kaki sebagai sentuhan terakhir.

 

Komen anda