Langsir antara elemen penting dalam dekorasi sesuatu kediaman. Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.

Artikel berkaitan:
5 Tip Gantung Langsir Macam Profesional
DIY Sendiri Rod Langsir Eyelet Dari Batang Paip PVC

Jadi, untuk memilih design dan saiz langsir yang bersesuaian untuk kediaman anda, ada beberapa perkara yang perlu diperincikan

LEBAR LANGSIR

Salah: kebiasanya, lebar tingkap akan diukur mengikur bingkainya. jadi, railling yang dipasang pun mempunyai saiz lebih kurang lebar tingkap tersebut. Teknik ini kan menyebabkan lebih banyak daun langsir menutupi tingkap dan secara tidak langsung menghadkan ketelusan cahaya yang memasuki kediaman. Tambahan, ia akan menyebabkan impak visual kediaman kelihatan lebih kecil dan sempitTip Professional Untuk Pilih Langsir Nampak “Perfect”

IKLAN

Betul: Cara terbaik untuk mendapatkan impak yang lebih menarik dengan menggunkan langsir adalah dengan memastikan reeling atau rod langsir mempunyai kelebaran lebih pada bahagian kiri dan kanan tingkap Berikut adalah formula asasnya:


1. Ukur lebar bingkai tingkap. (Katakan 100 inci)
2. Kirakan 25% darinya (25% dari 100” adalah 25”)
3. Bahagikan dengan 2 (25” bahagi 2 adalah 12 1/2 inci)


Anda sebaiknya memanjangkan railing/rod 12 1/2 inci ke kiri dan kanan tingkap. (Dalam kes ini, anda perlu beli railing/rod 125”)Tip Professional Untuk Pilih Langsir Nampak “Perfect”

IKLAN

KETINGGIAN LANGSIR

Salah; Kebiasaanya, ramai lebih gemar memilih untuk meletakkan rod langsir betul-betul di atas bingkai tingkap. Namun, keadaan ini akan memberi impak visual kurang menarik. Ia akan menyebabkan siling rumah kelihatan lebih rendah. Bila dah rendah, sudah pasti kita akan berasa sempit

IKLAN

Betul: Ketinggial langsir yang ideal adalah dengan meletakkan rod langsir lebih tinggi. Kalau boleh sampai atau hampir ke siling untuk mendapatkan impak double volume. Kalau ada cornice, elak dari menutupi bahagian tersebut.Tip Professional Untuk Pilih Langsir Nampak “Perfect”

PANJANG LANGSIR

Pastikan langsir yang dipasang tidak tergantung di bahagian kaki. Untuk dapatkan kesan visual double volume, pastikan langsir mencecah lantai.

Sumber: Nahar Efendy Noordin

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI