Tanda-tanda kawasan rumah bakal dinaiki air atau banjir besar. Meski pun perkongsian ini bukanlah berasaskan kajian namun kebanyakan mangsa banjir turut berkongsi tanda-tanda yang sama sebelum bah besar melanda.

Jadi info perkongsian Ommar Abdul Aziz ini boleh juga kita jadikan panduan supaya kita bersedia untuk menyelamatkan diri dan harta agar tidak berlaku kejadian tak diingini pada masa depan.

Tanda kawasan rumah kita bakal dilanda banjir besar

1. Air naik walaupun hujan dah berhenti.

Tanda-Tanda Kawasan Rumah Bakal Dinaiki Air, Dilanda Banjir

2. Mula mula air jernih. Masa ni kita akan terpesona. Macam ada anak sungai depan rumah. Seronok budak-budak main air.

Ads

Tanda-Tanda Kawasan Rumah Bakal Dinaiki Air, Dilanda Banjir

3. Beberapa jam selepas itu, air akan mula keruh. Ini tanda yang patutnya kita bersiap sedia untuk berpindah.

Tanda-Tanda Kawasan Rumah Bakal Dinaiki Air, Dilanda Banjir

Ads

4. Air jadi kuning, berkeladak dan bersampah. Ini tanda kita patut segera keluar dari kawasan tersebut .

5. Bergantung pada tempat, ada tempat 1 jam naik seinci, ada yang naik sekaki terus.

Tanda-Tanda Kawasan Rumah Bakal Dinaiki Air, Dilanda Banjir

Ads

Tanda-Tanda Kawasan Rumah Bakal Dinaiki Air, Dilanda Banjir

6. Paling penting abaikan perasaan sayang nak tinggalkan rumah. Jika tidak akhirnya terpaksa pihak JPAM menyelamatkan anda.

Tip ekstra

  • Sebelum keluar dari rumah untuk selamatkan diri, kunci pintu rumah, tutup suis utama dan kalau boleh cabut fuis utama sebelum keluar.
  • Sumbat lubang ekzos, dan cabut terminal bateri kereta yg ditinggalkan. Parking ditempat yang tinggi.
  • Semoga kita dapat bertindak lebih awal pada masa akan untuk mengelakkan diri daripada terperangkap.

Sumber: Ommar Abdul Aziz

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI