Se (16)

Kobis umum tahu banyak tumbuh subur di tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Namun ada baka yang diberi nama kobis tanah rendah yang tahan dengan cuaca panas dan memang menjadi.

Tak susah rupanya tanam kobis ni. Yang menjadi fokus utama adalah penghasilan buah atau kelopak daunnya yang membulat seakan bola. Puan Norhayati Ismail berkongsi teknik tanam kobis di dalam pasu yang memang menjadi walaupun di ruang yang sempit

Ramai yang bertanya cara tanam kobis. Saya tunjuk cara saya tanam kobis ikut kaedah saya. Kaedah penanaman kobis:

Step 1: Penyediaan biji benih
Sediakan biji benih kobis (boleh beli dari nursery/ online/pusat beli belah). Tabur biji benih kobis (kaedah semaian) dalam pasu besar dan tunggu sehingga bercambah dalam 1/2 minggu.
Letak tempat teduh tapi masih dapat cahaya matahari…

Step 2: Medium tanah
Penyediaan tanah pula mestilah menggunakan tanah cocopeat atau tanah polos tidak padat untuk menyemai biji benih. Boleh beli di nursery.Tanam Kobis Dalam Pasu Memang Menjadi, Ini Tekniknya

 

IKLAN

Tanam Kobis Dalam Pasu Memang Menjadi, Ini Tekniknya

Step 3: Pindahkan anak semaian.
Setelah semaian bercambah daun pucuk 3/4 helai baru pindahkan ke pasu besar yg bersesuaian dengan campuran tanah sawit(tanah hampas sawit) dan tanah organik(beli di nursery).

IKLAN

Step 4: Menanam
Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow2 dedahkan pada cahaya matahari.

Step 5: Kaedah menyiram
Jangan siram sehingga bertakung air dalam pasu. Elok sekadar biarkan tanah itu lembab sahaja.

IKLAN

Step 6: Baja
Baja yang sesuai mempengaruhi tumbesaran kobis. Baja ezigrow sangat sesuai utk proses pembesaran kobis sehingga boleh dituai. Siram baja seminggu sekali.

Step 7: Tuaian kobis
Biasanya kobis boleh dituai sekitar 3/4 bulan selepas di tanam. Kalau lambat tuai kobis boleh pecah sendiri.Tanam Kobis Dalam Pasu Memang Menjadi, Ini Tekniknya

 

Tanam Kobis Dalam Pasu Memang Menjadi, Ini Tekniknya

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI