Bukan sahaja kulit pisang, kulit telur yang bermanfaat pada tanam. Kulit bawang tidak kurang hebatnya. Berbanding dibuang di dalam tong sampah, apa kata manfaatkan ia sebagai bahan kompos atau lebih mudah sebagai sungkupan. Secara tidak langsung, proses pereputan kulit bawang tersebut menjadi baja.

Pelbagai baja organik yang ada dan boleh anda ikuti, tetapi dengan cara ini anda dapat jimat kos dari berbelanja lebih untuk membeli baja organik yang boleh tahan harganya.

Apa kata lakukan perkara ini di semua pokok yang ada di halaman rumah anda, lihat hasilnya yang cukup mengujakan. Ada yang pernah berkongsi pengalaman dengan IMPIANA, pokok mereka yang hampir mati, kini semakin segar kembali dan tumbuh dengan menghasilkan bunga dan buah yang lebat.

Puan Hazimah lmn Ismail lmn berkongsi khasiat ini yang ramai tak tahu.

LEPAS KUPAS BAWANG MERAH, KULITNYA JANGAN DIBUANG. ADA MANFAATNYA PADA TANAMAN!

Penggunaan bawang merah di dalam masakan seakan menjadi ‘kunci utama’. Tanpa adanya ramuan bawang merah ini, pastinya masakan yang ditumis atau digulai tidak sempurna rasanya.

IKLAN

Pun begitu ada satu perkara yang jarang kita buat, iaitu menyimpan sisa tersebut!

Tahukah anda, ia boleh dijadikan sebagai baja pada pokok yang ditanam dihalaman rumah. Nak tahu caranya, ayuh baca perkongsian ilmu manfaat ini oleh Hazimah lmn Ismail lmn di posting fbnya.

“Hari ni nak kongsi dengan sahabat manfaat kulit bawang merah yang nipis pada tanaman.”

Cara gunanya:

IKLAN

1. Ambil kulit bawang merah yang nipis.
2. Rendam dalam air semalaman.
3. Esok boleh digunakan untuk siram dan spray pada pokok tanaman.Tabur Kulit Bawang Pada Pangkal Pokok, Menggalak Pertumbuhan Pucuk Baru

Tabur Kulit Bawang Pada Pangkal Pokok, Menggalak Pertumbuhan Pucuk Baru

Ataupun

IKLAN

NAK TABUR DIRECT PADA POKOK PUN BOLEH.

Manfaatnya:

1. Pokok akan menjadi lebih subur.
2. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
3. Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah dan juga membunuh hama serangga pokok.

Selamat mencuba yer. Mudahan berjaya.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI